Terlalu Dhoif: Tidak Seru Sebelum Amal, Tidak Cegah Sebelum Tinggal
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Saya mahu bertanya
berkaitan status hadis di bawah. Saya tidak tahu matan arabnya.
Dari Anas ra dia berkata, kami bertanya,
“Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum
kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah
kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran.”
(HR Tabrani)
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullah wa barakatuh.
Hadis Anas di atas diriwayatkan oleh Imam al-Tabarani
di dalam kitab al-Mu'jam al-Ausat (no 6628, Dar Alharamain, Tahqiq: Tariq
Iwadullah) dan dalam al-Mu'jam al-Saghir (no 981, Maktab Islami, Tahqiq:
Muhammad Syakur).
Matan arabnya:
ثنا محمد بن عبد
الله الأنصاري، ثنا عبد القدوس بن عبد السلام بن عبد القدوس، حدثني أبي، عن جدي، عن
الحسن، عن أنس، قال: قلنا: يا رسول الله، لا نأمر بالمعروف حتى نعمل به، ولا ننهى عن
المنكر حتى نجتنبه كله. فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: بل مروا بالمعروف
وإن لم تعملوا به، وانهوا عن المنكر وإن لم تجتنبوه كله.
Bagaimanapun di dalam sanadnya terdapat seorang
perawi yang bernama Abdul Quddus. Beliau telah bersendirian meriwayatkan
hadis ini daripada al-Hasan.
Imam al-Iraqi di dalam takhrij Ihya Ulum al-Din
menyatakan bahawa Abdul Quddus bin Habib: Para ulamak sepakat meninggalkannya
(tidak berhujjah dengannya)
Syaikh al-Albani menyatakan bahawa hadis ini dhaif
jiddan dalam kitab Dhaif al-Jami' al-Saghir wa Ziyadatihi no 5259.
Tarikh: 30/7/2015