Home
» Soal Jawab Hadis - Ustaz Nasaie Hanaffie
» Hadis Dhoif: 7 Golongan Allah Tidak Mahu Melihat Mereka Pada hari Kiamat
Hadis Dhoif: 7 Golongan Allah Tidak Mahu Melihat Mereka Pada hari Kiamat
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Bagaimana status hadith ini?
Sahih atau tak? Jika sahih, saya mahu sebarkan. Terima kasih.
“Ada 7 golongan manusia yg Allah tidak akan
melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan
Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama
orang-orang yg dimasukkan ke dalamnya. 7 golongan tersebut ialah:
1. Orang yg melakukan homoseks
2. Orang yg melakukan kahwin tangan (onani)
3. Orang yg melakukan hubungan seks dengan binatang
4. Orang yg melakukan hubungan seks melalui dubur
(liwat)
5. Orang yg berkahwin antara ibu dan anak
6. Orang yg berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yg mengganggu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani)
#Hadith ini pula ialah hadith hasan lizatihi dan al-Hakim
menyatakan bahawa hadis ini adalah hadith yg sahih pada sanadnya.
Jika ustaz ada huraian detail dan panjang tentang
hadis ini, mohon diberikan. Kerana saya perlukan ulasan yg panjang untuk
berpegang kepada hadith ini
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh.
❶
Teks hadis ini dalam bahasa Arab:
قال جعفر الفريابي:
حدثنا قتيبة، حدثنا ابن لهيعة، عن عبد الرحمن بن زياد بن أنعم، عن أبي عبد الرحمن الحبلي،
عن عبد الله بن عمرو، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سبعة لا ينظر الله إليهم
يوم القيامة ولا يزيكيهم، ويقول: ادخلوا النار مع الداخلين: الفاعل والمفعول به، والناكح
يده، وناكح البهيمة، وناكح المرأة في دبرها، وجامع بين المرأة وابنتها، والزاني بحليلة
جاره، والمؤذي جاره حتى يلعنه.
❷
Hadis ini didhaifkan oleh al-Albani di dalam Silsilah Al-Ahadith
Al-Dhaifah Wa Al-Maudhuah (no 319, 490/1). Di dalam sanadnya ada dua perawi
yang lemah iaitu Ibnu Lahi'ah dan Abdur Rahman Bin Ziyad Alafriqi.
❸
Hadis ini ada diriwayatkan daripada jalan-jalan yang lain, tetapi semuanya
lemah.
❹
Boleh rujuk Irwa' Al-Ghalil oleh al-Albani (no 2401, 58/8, Maktab
Islami, Tahqiq: Zuhair Syawisy). Di sana ada perbahasan yang lebih panjang.
Wallahu a'lam
Tarikh: 30/7/2015