Hadis Sahih: Kisah Taubat Lelaki Pembunuh 99 hingga 100 orang
Imam
Muslim dengan sandanya
meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin al-Musanna dan Muhammad
bin Basysyar – Lafaz ini daripada Ibnu al-Musanna – kedua-dua mereka berkata:
Diceritakan kepada kami oleh Mu`az bin Hisyam, diceritakan kepadaku oleh bapaku,
daripada Qatadah, daripada Abi as-Siddiq, daripada Abu Sa`id al-Khudri, beliau
berkata: Nabi SAW bercerita:
" كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً
وَتِسْعِينَ نَفْسًا، فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى
رَاهِبٍ، فَأَتَاهُ فَقَالَ: إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا، فَهَلْ
لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: لَا، فَقَتَلَهُ، فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً،
Ada seorang lelaki daripada kalangan
umat yang terdahulu telah membunuh 99 orang. Lalu dia bertanya tentang orang
yang paling mengetahui di atas bumi. Lalu dia ditunjukkan kepada seorang rahib
(orang agama). Lalu dia menemui si rahib dan menyebutkan bahawa dia telah
membunuh 99 orang, adakah dia masih layak untuk bertaubat? Maka si rahib
menjawab: “Tidak!” lantas lelaki berkenaan membunuhnya sehingga genaplah 100
orang.
ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى
رَجُلٍ عَالِمٍ، فَقَالَ: إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ، فَهَلْ لَهُ مِنْ
تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ؟
انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا، فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللهَ
فَاعْبُدِ اللهَ مَعَهُمْ، وَلَا تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ، فَإِنَّهَا أَرْضُ
سَوْءٍ،
Kemudian dia bertanya lagi tentang
orang yang paling mengetahui di atas bumi. Maka dia ditunjukkankepada seorang
lelaki yang berilmu. Lalu dia menyebutkan bahawa dia telah membunuh 100 orang,
adakah dia masih layak untuk bertaubat? Lelaki berilmu itu berkata: “Ya, apakah
yang menghalang antaranya dengan taubat? Pergilah ke tempat sekian sekian. Di sana
terdapat kelompok manusia yang beribadah kepada Allah, maka beribadahlah kamu
bersama-sama mereka. Jangan pulang ke tempat kamu kerana ia adalah tempat yang
buruk.”
فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ،
فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ، فَقَالَتْ
مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ: جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلًا بِقَلْبِهِ إِلَى اللهِ،
وَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ: إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ،
فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ، فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ، فَقَالَ:
قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ، فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ
لَهُ،
Dia pun bertolak ke tempat yang
disebutkan sehinggalah sampai di pertengahan jalan, malaikat maut datang
(mengambil nyawanya). Berselisihlah di anatara malaikat rahmah dan juga
malaikat azab. Malaikat rahmah berkata: “Dia datang ke sini dalam keadaan
bertaubat, dia telah cenderungkan hatinya kepada Allah.” Malaikat azab pula
berkata: “Dia belum melakukan apa-apa amalan kebaikan lagi.” Kemudian datanglah
kepada mereka seorang malaikat di dalam bentuk manusia. Lalu dia berada di
tengah-tengah mereka, lantas berkata: “Ukurlah di antara dua bumi ini. Yang mana
yang lebih dekat maka dia menjadi miliknya.”
فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي
أَرَادَ، فَقَبَضَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ
Mereka pun mengukurnya lalu mereka
dapati bahawa lelaki itu lebih dekat ke tempat yang dia mahu tujui. Lantas malaikat
rahmah memegangnya.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan 2766)