Hadis Sahih: Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat
Imam
Muslim dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Yahya bin Yahya, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Amru an-Naqid, dan Ishaq bin
Ibrahim, Yahya dan Ishaq berkata: AB dan lain-lain pula berkata: HS Sufyan bin
`Uyainah, daripada az-Zuhri, daripada `Ubaidillah, daripada Ibnu `Abbas,
daripada Abu Talhah, daripada Nabi SAW, beliau berkata:
«لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ»
Malaikat tidak akan memasuki rumah
yang ada anjing atau gambar.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 2106)