Hadis Sahih: Kisah Burung Nughair
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwatkan: HS Musaddad, HS
Abdul Waris, daripada Abi at-Tayyah, daripada Anas, beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا،
وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ أَبُو عُمَيْرٍ - قَالَ: أَحْسِبُهُ - فَطِيمًا،
وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ:
Nabi SAW
adalah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku mempunyai seorang saudara yang
digelar Abu Umair – aku mengira dia sudah selesai tempoh menyusu. Apabila
Rasulullah datang kepadanya, dia akan berkata:
«يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ» نُغَرٌ كَانَ
يَلْعَبُ بِهِ، فَرُبَّمَا حَضَرَ الصَّلاَةَ وَهُوَ فِي بَيْتِنَا، فَيَأْمُرُ
بِالْبِسَاطِ الَّذِي تَحْتَهُ فَيُكْنَسُ وَيُنْضَحُ، ثُمَّ يَقُومُ وَنَقُومُ
خَلْفَهُ فَيُصَلِّي بِنَا
“Wahai
Abu Umair. Apa yang dilakukan oleh si Nughir?” Abu Umair memang sering bermain-main dengan
Nughair, iaitu burung kecil seperti burung pipit. Apabila masuk waktu solat
sedangkan Nabi masih di rumah kami, maka baginda akan menyuruh kami
menghamparkan tikar dengan menyapu bawahnya dan memerciknya. Lalu kami berdiri
di belakang baginda, dan baginda pun solat mengimami kami.”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 6203)
Imam Abu Daud dengan sanadnya meriwayatkan: HS Musa bin
Ismail, HS Hammad, HS Sabit, daripada Anas bin Malik, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَدْخُلُ عَلَيْنَا
وَلِي أَخٌ صَغِيرٌ يُكْنَى أَبَا عُمَيْرٍ وَكَانَ لَهُ نُغَرٌ يَلْعَبُ بِهِ،
فَمَاتَ، فَدَخَلَ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ
يَوْمٍ فَرَآهُ حَزِينًا، فَقَالَ: «مَا شَأْنُهُ؟» قَالُوا: مَاتَ نُغَرُهُ،
فَقَالَ: «يَا أَبَا عُمَيْرٍ مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ؟»
Rasulullah
pernah datang ke rumah kami dan aku mempunyai adik lelaki yang digelar Abu
Umari. Dia mempunyai seekor burung Nughar yang dia suka bermain dengannya. Burung
itu telah mati lalu Nabi masuk ke rumah kami pada suatu hari lantas melihat Abu
Numair kemurungan. Baginda bertanya: “Kenapa dengannya?” Mereka menjawab: burung nugharnya
telah mati. Lantas Nabi berkata: “Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh si burung kecil itu?
(HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud,
bilangan: 4569)