Hadis Sahih: Apabila Isa Turun..
Imam
al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Qutaibah bin Sa`id, HS al-Lais, daripada Ibnu Syihab, daripada Ibnu al-Musayyib
bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمْ
ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا، فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ، وَيَقْتُلَ الخِنْزِيرَ،
وَيَضَعَ الجِزْيَةَ، وَيَفِيضَ المَالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ»
Demi Zat yang jiwaku dalam genggaman-Nya.
Sesungguhnya tidak lama lagi akan segera turun Isa anak kepada Maryam ke muka
bumi. Ia akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi,
membebaskan jizyah. Pada masa itu, harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada
yang mahu menerima (zakat)nya.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 2222)