Hadis Sahih: Rasulullah diracun
Imam Abu
Daud dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Wahb bin Baqiyyah, daripada Khalid, daripada Muhammad bin Amru, daripada Abu
Salamah, daripada Abu Hurairah, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يَقْبَلُ
الْهَدِيَّةَ وَلَا يَأْكُلُ الصَّدَقَةَ»
Rasulullah s.a.w. adalah insan yang bersedia
menerima hadiah namun tidak akan memakan hasil sedekah.
حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ فِي مَوْضِعٍ آخَرَ عَنْ
خَالِدٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ
أَبِي سَلَمَةَ، وَلَمْ يَذْكُرْ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَلَا يَأْكُلُ
الصَّدَقَةَ»
HS Wahb bin Baqiyyah di dalam hadis yang lain
daripada Khalid, daripada Muhammad bin `Amru, daripada Abu Salamah. Dia tidak
menyebutkan bahawa Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w. adalah insan yang
bersedia menerima hadiah namun tidak akan memakan hasil sedekah.
زَادَ:
فَأَهْدَتْ لَهُ يَهُودِيَّةٌ بِخَيْبَرَ شَاةً مَصْلِيَّةً سَمَّتْهَا فَأَكَلَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهَا وَأَكَلَ الْقَوْمُ
فَقَالَ: «ارْفَعُوا أَيْدِيَكُمْ فَإِنَّهَا أَخْبَرَتْنِي أَنَّهَا مَسْمُومَةٌ»
فَمَاتَ بِشْرُ بْنُ الْبَرَاءِ بْنِ مَعْرُورٍ الْأَنْصَارِيُّ
Tambahan: Seorang wanita Yahudi penduduk
Khaibar menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w. kambing panggang yang telah
diracuni. Rasulullah s.a.w. memakan kambing tersebut dan menyantapnya bersama
para sahabat. Kemudian tiba-tiba Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat,
“Angkatlah tangan kamu kerana kambing panggang ini
mengkhabarkan kepadaku bahawa ia beracun.” Salah seorang sahabat
Rasulullah s.a.w. bernama Bishir bin al Barra’ bin Ma`ru al-Ansori meninggal dunia.
فَأَرْسَلَ إِلَى الْيَهُودِيَّةِ «مَا حَمَلَكِ عَلَى الَّذِي صَنَعْتِ؟»
قَالَتْ: إِنْ كُنْتَ نَبِيًّا لَمْ يَضُرَّكَ الَّذِي صَنَعْتُ، وَإِنْ كُنْتَ
مَلِكًا أَرَحْتُ النَّاسَ مِنْكَ، فَأَمَرَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُتِلَتْ، ثُمَّ قَالَ: فِي وَجَعِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ
«مَازِلْتُ أَجِدُ مِنَ الْأَكْلَةِ الَّتِي أَكَلْتُ بِخَيْبَرَ فَهَذَا أَوَانُ قَطَعَتْ
أَبْهَرِي»
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada wanita itu, “Apa yang mendorongmu melakukan perbuatan keji ini.”
Wanita itu menjawab, “Jika engkau benar-benar seorang Nabi, maka apa yang aku
lakukan tidak akan memudaratkan engkau. Jika engkau adalah seorang raja, maka
aku telah membebaskan bangsaku (Yahudi) dengan usahaku ini (meracuni manusia
dengan makanan).” Akhirnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat untuk
membunuh wanita Yahudi tersebut. Lalu ia dibunuh.
Nabi SAW bersabda ketika beliau sakit yang
menyebabkan kematian beliau, ”Senantiasa aku merasakan
sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khaibar. Inilah waktunya
urat nadi leherku terputus”.
(HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud,
bilangan: 4512)
Al-Albani berkata: Hasan Sahih