Hadis Sahih: Larangan mengasah-asah pisau di hadapan haiwan yang ingin disembelih
Imam
al-Hakim dengan
sanadnya meriwayatkan: HS Muhammad bin Soleh bin Hani’, HS Yahya bin Muhammad
bin Yahya asy-Syahid rahimahullah, HS Abdur Rahman bin al-Mubarak al`Aisyi, HS
Hammad bin Zaid, daripada `Asim, daripada `Ikrimah, daripada Ibnu `Abbas
bercerita:
أَنَّ رَجُلًا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحُهَا وَهُوَ يَحُدُّ
شَفْرَتَهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَتُرِيدُ أَنْ
تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ هَلَّا حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا»
Seorang pemuda membaringkan seekor kambing yang
mahu disembelihnya sambil mengasah pisau. Maka Rasulullah s.a.w. berkata,
“Adakah kamu ingin mematikannya berkali-kali? Kenapa kau tidak mengasah pisaumu
terlebih dahulu sebelum kau membaringkan kambingmu?”
(HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak,
bilangan: 7563)
Kualiti Hadis
Al-Hakim berkata: Hadis ini sahih di atas
syarat Imam al-Bukhari tetapi tidak direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim di
dalam kitab sahih mereka berdua.
Az-Zahabi berkata: (Benar) di atas syarat
al-Bukhari.