Hadis Sahih: Manusia Yang Penyayang
Imam at-Tabrani dengan sanadnya meriwayatkan: HS Muhammad bin Jaban al-Jundisabury, HS
Mahmud bin Ghailan, HS Yazid bin Harun, HS al-Walid bin Jamil, daripada
al-Qasim, daripada Abu Umamah radhiyallahuanhu. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«مَنْ رَحِمَ، وَلَوْ ذَبِيحَةَ عُصْفُورٍ رَحِمَهُ اللهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ»
Manusia
yang menyayangi, walaupun hanya kepada seekor burung kecil, maka Allah akan
memberikan rahmat kepadanya kelak di hari kiamat.
(HR at-Tabrani di dalam Mu`jam
al-Kabir, bilangan: 7915)
Al-Albani menyatakan hadis ini Sahih di
dalam Jami` as-Sahih.