Hadis Sahih: Lembu dan Serigala Bercakap
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: HS `Ali bin Abdullah, HS Sufyan, HS Abu az-Zinad,
daripada al-A`raj, daripada Abu salamah, daripada Abu Hurairah
radhiyallahuanhu, beliau bercerita:
صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، صَلاَةَ الصُّبْحِ،
ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فَقَالَ: " بَيْنَا رَجُلٌ يَسُوقُ بَقَرَةً
إِذْ رَكِبَهَا فَضَرَبَهَا، فَقَالَتْ: إِنَّا لَمْ نُخْلَقْ لِهَذَا، إِنَّمَا
خُلِقْنَا لِلْحَرْثِ " فَقَالَ النَّاسُ: سُبْحَانَ اللَّهِ بَقَرَةٌ
تَكَلَّمُ، فَقَالَ: " فَإِنِّي أُومِنُ بِهَذَا، أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ،
وَعُمَرُ، - وَمَا هُمَا ثَمَّ -
Rasulullah bersolat
subuh. Kemudian baginda menghadap kepada para sahabat lantas berkata: “Ada
seorang lelaki yang mengiringi seekor lembu, lalu menaikinya dan memukulinya.
Tiba-tiba lembu itu bercakap, “Aku dicipta oleh Allah bukan untuk dipukuli. Aku
dicipta untuk membajak sawah dan bertani.” Para sahabat berkata,
“Subhanallah, ada lembu boleh bercakap.” Rasulullah s.a.w. berkata kepada para
sahabat, “Aku percaya hal itu benar. Demikian pula Abu
Bakar dan Umar, mereka berdua juga percaya, walau mereka tidak ada di tempat
ini.”
وَبَيْنَمَا رَجُلٌ فِي غَنَمِهِ إِذْ عَدَا الذِّئْبُ، فَذَهَبَ مِنْهَا
بِشَاةٍ، فَطَلَبَ حَتَّى كَأَنَّهُ اسْتَنْقَذَهَا مِنْهُ، فَقَالَ لَهُ
الذِّئْبُ هَذَا: اسْتَنْقَذْتَهَا مِنِّي، فَمَنْ لَهَا يَوْمَ السَّبُعِ، يَوْمَ
لاَ رَاعِيَ لَهَا غَيْرِي " فَقَالَ النَّاسُ: سُبْحَانَ اللَّهِ ذِئْبٌ
يَتَكَلَّمُ، قَالَ: «فَإِنِّي أُومِنُ بِهَذَا أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ، -
وَمَا هُمَا ثَمَّ
“Ketika seorang penggembala yang sedang membawa biri-birinya,
tiba-tiba datang seekor serigala menyerang biri-birinya dan membawa lari seekor
biri-biri. Penggembala itu pun mengejarnya dan berjaya merebut kembali biri-birinya
dari cengkaman pemangsanya. Serigala itu bercakap kepada penggembala, “Hari
ini, kau berjaya menyelamatkan biri-birimu daripada cengkamanku. Lalu siapa
yang akan menjaganya di hari ketika kamu sedang sibuk dan jauh daripadanya?
Pada hari yang tiada penjaga melainkan aku sahaja” Para
sahabat berkata, “Subhanallah, ada serigala boleh bercakap.” Rasulullah s.a.w. berkata
kepada para sahabat, “Aku percaya hal itu benar.
Demikian juga Abu Bakar dan Umar, mereka berdua juga percaya, walaupun mereka
tidak ada di tempat ini.”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 3471)