Hadis Sahih: Larangan Menyeksa Burung
Imam
al-Hakim an-Naisaburi dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada aku oleh Ali bin Isa al-Hiri,
diceritakan kepada kami oleh Ibrahim bin Abi Tholib, diceritakan kepada kami oleh
Ibnu Abi Umar, diceritakan kepada kami oleh Sufyan, diceritakan kepada kami
oleh Amru bin Dinar, beliau berkata: aku mendengar Suhaib – Maula Ibnu `Amir
memberitakan bahawa Abdullah bin Amru radhiyallahuanhuma memberitakan daripada
Nabi SAW, baginda berkata:
«مَا مِنْ إِنْسَانٍ يَقْتُلُ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ
حَقِّهَا إِلَّا سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ»
قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا حَقُّهَا؟ قَالَ: «حَقُّهَا أَنْ يَذْبَحَهَا
فَيَأْكُلَهَا وَلَا يَقْطَعَ رَأْسَهَا فَيَرْمِيَ بِهِ»
“Tidak ada manusia yang membunuh
burung pipit atau yang lebih besar daripada itu tanpa hak melainkan Allah akan
meminta pertanggungjawabannya pada hari kiamat.” Para sahabat bertanya, “Wahai utusan Allah, apa
sebenarnya hak burung itu?” Rasulullah menjawab, “Haknya
(yang dicabuli) ialah ia disembelih, dimakan, tetapi kepalanya tidak dipotong
lalu membuangnya.”
Al-Hakim menyatakan: Hadis ini Sahih Isnadnya
tetapi kedua-dua mereka (al-Bukhari dan Muslim) tidak merekodkannya.
(HR Al-Hakim di dalam al-Mustadrak,
bilangan: 7574)
Ulasan:
Imam az-Zahabi menyatakan di dalam kitab
at-Talkhis: Sahih.