Hadis Sahih: Larangan Menjadikan Belakang Haiwan Sebagai Mimbar
Imam Abu
Daud dengan sanadnya meriwayatkan:
Diceritakan kepada kami oleh Abdul Wahhab bin Najdah, diceritakan kepada kami
oleh Ibnu `Ayyasy, daripada Yahya bin Abi Amru as-Saibani, daripada Abu Maryam,
daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW, beliau berkata:
«إِيَّاكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا ظُهُورَ دَوَابِّكُمْ مَنَابِرَ،
فَإِنَّ اللَّهَ إِنَّمَا سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُبَلِّغَكُمْ إِلَى بَلَدٍ لَمْ
تَكُونُوا بَالِغِيهِ إِلَّا بِشِقِّ الْأَنْفُسِ، وَجَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ
فَعَلَيْهَا فَاقْضُوا حَاجَتَكُمْ»
Jangan kamu gunakan belakang haiwan kamu
itu sebagai mimbar, kerana Allah telah membuatnya tunduk kepadamu supaya ia
dapat membawamu pergi dari satu tempat ke tempat lain yang tidak dapat kamu
capai, kecuali dengan tubuh yang letih. Allah telah menjadikan bumi untuk kamu,
maka di atasnya hendaklah kamu tunaikan keperluanmu.
(HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud,
bilangan: 2567)