Hadis Sahih: Hati Seperti Burung
Imam
Muslim bin al-Hajjaj dengan
sanadnya meriwayatkan: diceritakan kepada kami oleh Hajjaj bin asy-Sya`ir,
diceritakan kepada kami oleh Abu an-Nadhr Hashim bin al-Qasim al-Laisi,
diceritakan kepada kami oleh Ibrahim – iaitu Ibnu Sa`id, diceritakan kepada
kami oleh bapaku, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi
SAW, baginda bersabda:
«يَدْخُلُ
الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ، أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ»
Akan masuk syurga suatu kaum yang
hati mereka seperti hati burung.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 2840)
Ulasan:
((hati mereka seperti hati burung)) Para ulama
mempunyai pelbagai penafsiran terhadap kenyataan tersebut:
❶ Hati yang lemah lembut.
❷ Hati yang penuh rasa bimbang dan
takut.
❸ Hati yang penuh rasa tawakkal.
Demikian
beragam pendapat yang disebutkan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah di dalam
Syarh Sahih Muslim.