Hadis Sahih: Larangan Membunuh Semut, Lebah, Hud-hud dan Surad
Imam Abu
Daud dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ahmad bin Hanbal,
diceritakan kepada kami oleh Abdur Razzaq, diceritakan kepada kami oleh Ma`mar,
daripada az-Zuhri, daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah, daripada Ibnu
Abbas, beliau berkata:
" إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى
عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةُ، وَالنَّحْلَةُ،
وَالْهُدْهُدُ، وَالصُّرَدُ "
Nabi SAW melarang membunuh empat jenis
haiwan, iaitu, semut, lebah, burung hud-hud dan burung as-Surad (Shrike).
(HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud,
bilangan: 5267)
Gambar Burung Hud-Hud
Gambar Burung As-Surad