Hadis Sahih: Adab Bermusafir
Imam
Muslim dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Qutaibah bin Sa`id, diceritakan kepada kami oleh Abdul Aziz –
iaitu Ibnu Muhammad, daripada Suhail, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah,
bahawa Rasulullah SAW berkata:
«إِذَا سَافَرْتُمْ فِي الْخِصْبِ، فَأَعْطُوا الْإِبِلَ حَظَّهَا
مِنَ الْأَرْضِ، وَإِذَا سَافَرْتُمْ فِي السَّنَةِ، فَبَادِرُوا بِهَا نِقْيَهَا،
وَإِذَا عَرَّسْتُمْ، فَاجْتَنِبُوا الطَّرِيقَ، فَإِنَّهَا طُرُقُ الدَّوَابِّ،
وَمَأْوَى الْهَوَامِّ بِاللَّيْلِ»
“Jika kamu berjalan jauh dan melalui
daerah yang subur, berilah unta haknya (memakan rumput) di daerah tersebut. Dan
jika kamu melalui daerah yang gersang, percepatlah perjalanan dan bersegeralah
sebelum kekuatannya lemah kerana rasa lapar. Apabila kamu singgah bermalam,
maka jauhilah daripada singgah di atas jalan. Kerana ia menjadi laluan-laluan
bagi kenderaan dan haiwan pada waktu malam.”
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 1926)