Hadis Sahih: Dajjal Tidak Boleh Masuk Madinah
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Abdul Aziz bin Abdullah,
beliau berkata: diceritakan kepadaku oleh Ibrahim bin Sa`ad, daripada bapanya,
daripada datuknya, daripada Abu Bakrah radhiyallahuanhu, daripada Nabi
SAW, baginda berkata:
«لاَ يَدْخُلُ المَدِينَةَ رُعْبُ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، لَهَا
يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ، عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ»
Ketakutan terhadap al-Masih Dajjal tidak
akan memasuki Madinah. Madinah pada ketika itu akan mempunyai tujuh pintu. Setiap
pintu dijaga oleh dua malaikat.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan 1879)
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ismail, beliau berkata:
diceritakan kepada kami oleh Malik, daripada Nu`aim bin Abdullah al-Mujmir,
daripada Abu Hurairah radhiyallahuanhu, beliau berkata: Rasulullah SAW
bersabda:
«عَلَى أَنْقَابِ المَدِينَةِ مَلاَئِكَةٌ لاَ يَدْخُلُهَا
الطَّاعُونُ، وَلاَ الدَّجَّالُ»
Setiap sudut Madinah dijaga oleh
malaikat-malaikat. Taun (wabak
penyakit yang biasanya menyebabkan kematian) dan Dajjal
tidak akan mampu memasukinya.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan 1880)
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ibrahim bin al-Munzir,
diceritakan kepada kami oleh Abu `Amru, diceritakan kepada kami oleh Ishaq,
diceritakan kepada kami oleh Anas bin Malik radhiyallahuanhu, daripada
Nabi SAW, baginda bercerita:
«لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ، إِلَّا
مَكَّةَ، وَالمَدِينَةَ، لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ، إِلَّا عَلَيْهِ
المَلاَئِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا، ثُمَّ تَرْجُفُ المَدِينَةُ بِأَهْلِهَا
ثَلاَثَ رَجَفَاتٍ، فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ»
Tidak ada kota melainkan ia akan
dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Tidak ada sudut di Madinah
melainkan terdapat malaikat-malaikat yang berbaris bagi melindunginya. Kemudian
nanti Madinah akan menggoncangkan penduduknya sebanyak tiga kali, dengannya Allah
mengusir semua orang kafir dan munafik.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan 1881)
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Yahya bin Bukair,
diceritakan kepada kami oleh al-Lais, daripada `Uqail, daripada Ibnu Syihab,
beliau berkata: diberitakan kepada kami oleh `Ubaidullah bin Abdullah bin
`Utbah, Abu Sa`id al-Khudri radhiyallahhuanhu berkata:
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
حَدِيثًا طَوِيلًا عَنِ الدَّجَّالِ فَكَانَ فِيمَا حَدَّثَنَا بِهِ أَنْ قَالَ:
Rasulullah telah menceritakan kepada kami satu
cerita yang panjang tentang Dajjal. Antara yang diceritakannya ialah:
" يَأْتِي الدَّجَّالُ، وَهُوَ مُحَرَّمٌ
عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ المَدِينَةِ، بَعْضَ السِّبَاخِ الَّتِي
بِالْمَدِينَةِ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ،
أَوْ مِنْ خَيْرِ النَّاسِ، فَيَقُولُ أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ، الَّذِي
حَدَّثَنَا عَنْكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَهُ،
Dajjal akan datang - dia
diharamkan daripada memasuki setiap sudut Madinah- di sempadan negara jiran
Madinah, lalu keluarlah seorang lelaki yang merupakan manusia terbaik ketika
itu, ataupun dia ialah salah seorang daripada orang-orang yang terbaik. Lelaki
itu berkata: “Aku bersaksi bahawa engkau adalah Dajjal yang telah diceritakan
perihalmu oleh Rasulullah SAW.”
فَيَقُولُ
الدَّجَّالُ: أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا، ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ هَلْ تَشُكُّونَ
فِي الأَمْرِ؟ فَيَقُولُونَ: لاَ، فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ، فَيَقُولُ حِينَ
يُحْيِيهِ: وَاللَّهِ مَا كُنْتُ قَطُّ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي اليَوْمَ،
فَيَقُولُ الدَّجَّالُ: أَقْتُلُهُ فَلاَ أُسَلَّطُ عَلَيْهِ "
Dajjal akan berkata: “Apa
pandanganmu sekiranya aku membunuh lelaki ini, kemudian aku menghidupkannya
semula. Adakah kamu semua masih tidak percaya kepadaku?” Mereka menjawab: “Tidak.”
Lalu Dajjal membunuh lelaki berkenaan kemudian menghidupkannya semula.
Apabila telah dihidupkan, lelaki itu
berkata: “Demi Allah! Tidaklah aku memiliki keyakinan selama ini yang sekuat
hari ini.” Dajjal berkata: “Aku telah membunuhnya tetapi aku tidak berjaya
menguasainya.”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan 1882)