Syarah Manzumah al-Baiquniyah oleh Dr Rozaimi Ramlee (Siri 1)
Lokasi:
Masjid Abu Ubaidah al-Jarrah, Jalan 1/26
Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur
Tarikh:
27 Mei 2015
(Nota ini
adalah hasil catatan Syihabudin Ahmad. Sekiranya anda mempunyai kekeliruan
terhadap nota ini, mohon terus bertanya kepada al-Fadhil Dr. Rozaimi.
Kemungkinan pencatat tersilap di dalam menukilkan ilmu. Wallahua`lam.)
Ilmu
Hadis Pada Zaman Nabi
Ilmu hadis
ini bermula pada zaman Nabi SAW, baginda menyampaikan hadis kepada setiap
orang. Jika mereka tidak mampu hadir, mereka akan mewakilkan orang lain untuk pergi mengambil
hadis daripada Rasulullah SAW. Seperti Umar al-Khattab yang menghantar wakilnya
untuk berguru dengan Nabi SAW apabila beliau bekerja. Sebahagian mereka menulis
hadis-hadis Nabi SAW. Dikatakan bahawa Abu Hurairah mempunyai sahifahnya
sendiri. Selepas kewafatan Rasulullah, ilmu hadis semakin berkembang.
Ilmu
Hadis Selepas Uthman Dibunuh.
Ibnu Sirrin
(anak murid Abu Hurairah) berkata:
لم يكونوا - أي أهل الحديث - يسألون عن الإسناد فلما وقعت الفتنة قالوا :
سموا لنا رجالكم فينظر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم وينظر إلى أهل البدع فلا يؤخذ
حديثهم
Para ahli
hadis tidak pernah bertanya tentang sanad – pada zaman Rasulullah-. Tetapi
apabila terjadinya fitnah (pembunuhan Uthman), mereka mula berkata: Nyatakan
kepada kami rijal-rijal kamu. Jika ia daripada kalangan ahli sunnah, maka ia
diterima. Jika ia daripada ahli bidaah maka tidak diambil hadisnya.
Al-Bara’ bin
`Azib berkata: Bukan semua di kalangan kami mendengar terus daripada Nabi
tetapi manusia di zaman kami tidak berbohong.
Apabila tiba
zaman Uthman dibunuh, maka umat Islam menjadi pecah belah. Muncul Syiah yang mereka
hadis kemudian menyandarnya kepada Nabi SAW.
Pembukuan
Ilmu Hadis
Ketika itu ilmu hadis dan hadis masih belum dibukukan. Kemudian Umar
Abdul Aziz mengarahkan untuk dikumpulkan hadis. Lalu muncullah kitab hadis yang
ditulis dengan sanad dan riwayat. Semakin lama, orang semakin jahil bab riwayat
dan sanad. Lalu para ulama mula menulis kitab-kitab al-Jarh wal Ta`dil.
Setelah itu, orang tidak faham lagi. Maka ulama menulis undang-undang
dalam meriwayat dan menerima hadis. Maka Imam at Tirmizi, Muslim, Abu Daud
menulis lembaran-lembaran tentang ilmu hadis. Imam Muslim menyatakan di
muqaddimah Sahih Muslim tentang ilmu hadis. Al-Baihaqi menulis al-Madkhal
fi Sunan. Abu Daud menulis Risalah ila ahli Mekah (Metodologi dan
istilah yang digunakan di dalam Sunan). Imam asy-Syafii menulis ar-Risalah
yang menyumbang kepada penulisan awal pada mustolah hadis dan ulumul hadis. Imam
asy-Syafii dinamakan nasirus sunnah kerana dia diantara orang yang
memulakan penulisan ilmu hadis.
Tetapi semua ulama yang disebutkan menggabungkan ilmu hadis dengan
pelbagai ilmu lain seperti Imam asy-Syafii yang menggabungkan ilmu hadis dan
usul Fikah.
al-Qodhi Abu Muhammad al-Romahurmuzi (360H) menulis buku al-Muhadis
alFasil baina rawi wal wa`ie (المحدث الفاصل بين الراوي
والواعي) Inilah
buku ulumul hadis yang tertulis secara berasingan. Tetapi ia tidaklah begitu
lengkap sehingga Ibnu Hajar menyebutkan: Dia meninggalkan beberapa ruang untuk
orang kemudian melengkapkannnya.
Ilmu itu rahim bagi ahli-ahlinya. Ulama mengkritik perkara biasa.
Ibnu Solah: Pelopor Ulumul Hadis
Al-Hakim menulis al-Madkhal ila Sahih dan Ma`rifat Ulumul hadis.
Ia juga tidak berapa lengkap. Kemudian Abu Nu`aim, kemudian al-Manji, kemudian
khatib al-Baghdadi menulis Kifayah. Tetapi kitab Khatib al-Baghdadi
terlalu rumit. Setelah itu datanglah Ibnu Salah pada kurun ke-6 dan menulis
sebuah buku al-Muqaddimah fi Ulumul Hadis.
Ibnu Salah ditugaskan mengajar di Madrasah Asyrafiyah di Damsyiq. Dia membaca
(mengajar) kemudian anak muridnya menulis. Inilah asal bagi buku al-Muqaddimah.
Ia paling lengkap tetapi memerlukan penyusunan bab semula.
Setelah itu, para ulama amat bergantung kepada muqaddimah Ibn
Salah. Sama ada dalam bentuk Syair (Al-Fiyah iraqi), ringkasan (At-Taqrib an-Nawawi),
Syarah dan Nuqad (Ibnu Hajar). Kerana Ibnu Salah ialah ulama Usul Fiqh. Dia
bukan pakar rujuk hadis tetapi dia menonjol pada usul fiqh. Orang Usul Fiqh ini
mampu menghasilkan definasi yang jami` dan mani`. Lengkap dan
merangkumi. Akhirnya orang mudah faham berkaitan undang-undang riwayat.
Ulumul Hadis bukan
untuk orang yang belajar hadis tetapi untk orang yang bukan bidang hadis. Jika
orang hadis hanya bergantung kepada mustalah, maka ia tidak memadai.
Siapakah Muhaddis?
كل من اشتغل بالحديث فهو المحدث
Setiap orang yang bekerja dengan hadis, maka dia
adalah seorang muhaddis.
Ulasan
Manzumah al-Baiquniyah
MATAN
أَبْـدَأُ
بِالْحَمْـدِ مُصَلِّـياً عَلَى مُحَمَّـدٍ
خَـيرِ نَبِـيٍّ أُرْسِلاَ
Aku memulakan kitabku ini dengan memuji Allah dalam
keadaan saya berselawat kepada Nabi Muhammad sebaik-baik Nabi yang diutuskan.
ULASAN
Para ulama hairan mengapa al-Baiquni tidak memulakan penulisannya dengan
Bismillah. Sedangkan hadis menyebutkan:
كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ، لَا
يُبْدَأُ فِيهِ بِالْحَمْدِ، أَقْطَعُ
Setiap perbuatan yang bernilai (baik) yang tidak
dimulakan pada =nya dengan puji-pujian kepada Allah, maka ia terpotong (tidak
diterima Allah).
(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah,
bilangan: 1894)
Kita katakan bahawa hadis di atas adalah dhoif. Kedua, jika ia
sahih[1]
sekalipun ia tidak menyebutkan bahawa pujian kepada Allah itu tidak diwajibkan
pada tulisan. Maka ia bukanlah satu kesalahan.
Para ulama juga berbincang, apa beza antara Nabi dan Rasul? Sebahagian
ulama berkata, Nabi ialah lelaki yang Allah beri wahyu dan tidak wajib untuk
menyampaikan. Tetapi Dr. Rozaimi tidak bersetuju dengan pendapat ini, kerana
al-Quran sebut:
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً
فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ
الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ
213. Manusia itu adalah umat yang satu.
(setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi berita baik dan peringatan, dan Allah menurunkan
bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia
tentang perkara yang mereka perselisihkan...
(Surah al-Baqarah: 213)
Ibnu Taimiyah berkata: Nabi diutus kepada kaum beriman. Manakala Rasul
diutus kepada kaum kafir. Rasul lebih khusus berbanding Nabi. Inilah pandangan
yang dirasakan hampir-hampir tepat.
MATAN
وَذِي مِنْ أَقْـسَامِ الْحَدِيثِ عِدَّه وَكُـلُّ وَاحِدٍ أَتَـى
وَحَـدَّه
Inilah diantara bahagian-bahagian hadis dan
bilangannya, semua cabang-canbang hadis akan datang definasinya.
أَوَّلُهَا الصَّحِيحُ وَهْوَ مَا اتَّـصَلْ إِسْـنَادُهُ وَلَمْ يَشُـذَّ أَوْ يُعَلّ
Yang pertama ialah yang sahih iaitu apa yang sanadnya bersambung dan ia
tidak syaz dan berpenyakit.
ULASAN
·
الصحيح
o
لذاته
o
لغيره
·
الحسن
o
لذاته
o
لغيره
·
الضعيف
o
الموضوع
o
المتروك
o
شاذ و المعلول و المنكر
o
المعلق
o
المرسل
o
المنقطع
Apa beza hadis mutawatir dan hadis sahih?
Pembahagian hadis daripada sudut status terbahagi kepada tiga. Tetapi
jika dilihat kepada sudut yang lain, seperti sudut bilangan hadis maka akan
terbahagi kepada mutawatir dan ahad.
Maksud mutawatir: Bilangan perawi ramai sehingga tidak masuk akal
berlaku pembohongan, maka ia sahih. Manakala Hadis Ahad: Bilangannya tidak
seramai mutawatir, lalu ia boleh jadi sahih, hasan, dhoif, maudhu`.
Jika dilihat kepada siapa yang bercakap, maka ia dibahagi kepada hadis
qudsi (Allah), hadis marfu` (Rasulullah), mauquf (sahabat), maqtu` (tabiin). Ia
terbahagi status kepada sahih, hasan, dhoif.
Al-Baiquni menyebutkan: “Sanad
bersambung”. Maksudnya: Semua perawi hendaklah bertemu. Apabila sanad
terputus sekalipun seorang maka ia terus menjadi dhoif. Kerana kita tidak
tahu siapa yang memberitahu. Selagimana tidak
jumpa orang yang menyampaikannya, maka ia tidak sahih.
Asal bagi hadis ialah tidak sahih sehingga ia dibuktikan adalah sahih.
Bagaimana nak cari? Kena kumpulkan riwayat. Cara mengetahui sanad bersambung
atau tidak:
1.
Tasrih minal Imam ( التصريح من الإمام): Ulama hadis yang ada kemahiran riwayat menyatakan kesahihannya.
Contohnya Tarikh Kabir Imam al-Bukhari menyatakan: ابن سيرين سمع أبو هريرة
a. Antara
yang banyak menyebutkan tentang rijal ialah Imam Ahmad.
b. Antara
lain Imam Az-Zahabi di dalam Mizan al-I`tidal.
2.
Tasrih minar Rawi (التصريح من الراوي): Perawi menyebutkan di
dalam riwayatnya. Dengan syarat perawi itu maqbul (sahih dan hasan). Disyaratkan
juga riwayat hadis tersebut mesti sahih.
3.
(الإستنباط) : Melakukan penilaian
seperti melihat pada kalimah “عن”, سمعت,حدثنا dan sebagainya. Kemudian dilihat pada tarikh lahir dan mati. Kemudian
dilihat pada lokasi tempat tinggal.
Dilema Metodologi Sahih al-Bukhari
Isu 1: Dikatakan bahawa al-Bukhari mempunyai syarat
sanad bersambung dan dibuktikan bahawa sememangnya perawi bertemu.
Malangnya yang menyatakan mazhab ini adalah Imam Muslim sahaja dengan
tidak dinyatakan nama al-Bukhari di dalam kritikan tersebut, sedangkan Imam
al-Bukhari tidak menyebutkannya. Lalu ulama melihat pada perbuatan-perbuatan
Imam al-Bukhari di dalam kitabnya. Dikatakan Tarikh Kabir adalah ditulis untuk
mensabitkan sama`.
Yang mula mengatakan bahawa al-Bukhari berpandangan begini ialah
al-Qadhi `Iyadh. Kajian terkini menyatakan bahawa Imam al-Bukhari menggunakan
pandangan yang sama dengan Imam Muslim.
Pandangan Imam Muslim jika
seorang perawi yang ada pada zaman yang sama, serta ia tidak dikenali sebagai
mudallis, maka dikira sebagai bersambung dengan riwayat `An `anah.
Contoh hadis di dalam al-Bukhari:
Diceritakan kepada kami oleh Hajjaj bin Minhal, diceritakan kepada kami
oleh Syu`bah, beliau berkata: diberitakan kepada kami `Alqamah bin Marsad, aku
mendengar daripada Sa`ad bin Ubaidah, daripada Abu Abdur Rahman as-Sulami,
daripada Usman Radiyallahuanhu, daripada Nabi SAW, baginda berkata:
«خَيْرُكُمْ مَنْ
تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ»
Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar
al-Quran dan mengajarkannya.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari,
bilangan: 5027)
Abu Abdul Rahman tidak dapat dibuktikan bahawa dia benar-benar mengambil
hadis daripada Uthman. Tetapi mereka sezaman.
Di dalam riwayat yang lain disebutkan riwayat `Urwah menyampaikan hadis
daripada Ummu Salamah. Sedangkan ia tidak dibuktikan secara jelas bahawa mereka
pernah bertemu.
Isu 2: Sebahagian orang menyatakan bahawa Ijmak
menyatakan bahawa semua di dalam Sahih al-Bukhari itu adalah sahih. Sedangkan
ia tidak ijmak.
Ibnu Solah di dalam Muqaddimah menyatakan bahawa Ijmak menyeutkan
majoriti di dalam Sahih al-Bukhari adalah Sahih. Orang yang banyak menkritik
Sahih al-Bukhari ialah ad-Daruquthni.
Sekiranya kita jumpa satu riwayat yang tidak dapat dibuktikan bahawa ia
bersambung, maka ia terus menjadi dhoif. Lalu carilah riwayat yang lain mana
tahu ia dapat menyokong.
Soalan: Bolehkah suatu hadis itu sahih daripada sudut sanad tetapi dhoif
daripada sudut matan?
Jawapan. Ya, ia mungkin berlaku. Contoh Hadis menyatakan Nabi menyapu 3
kali kepalanya di dalam wuduk. Ia diriwayatkan oleh al-Hakim. Lalu para ulama
hadis menyatakan bahawa berlaku kesilapan di dalam riwayat matan tersebut.
Ibnu Qayyim berkata: Hadis mahu jadi sahih mestilah sanadnya sahih
tetapi ia bukanlah syarat matan menjadi sahih. Jika matan tidak sahih, maka ia
jadi syaz.
Wallahua`lam.
Bersambung…..
[1] Imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar menyatakan ia Hasan, manakala Ibnu Daqiq
al-~abd dan Ibnu Mulqin menyatakan ia sahih. Syeikh Bin Baaz menyatakan “Hadis ini datang dengan dua jalan atau lebih
daripada Ibnu Hibban dan ulama hadis yang lain. Sebahagian ahli ilmu
mendhoifkan hadis ini. Tetapi yang lebih dekat, ia adalah hasan ligairih.”-
Rujuk: Majmu` Fatawa Ben Baaz.