Hadis Sahih: Kelebihan Orang Berilmu
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Muhammad bin Abdul A`la as-San`ani, beliau berkata: HS Salamah bin Raja’,
beliau berkata: HS al-Walid bin Jamil, beliau berkata: HS al-Qasim Abu Abdur
Rahman, daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata:
ذُكِرَ
لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا
عَابِدٌ وَالآخَرُ عَالِمٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ:
Rasulullah
SAW menyebutkan tentang dua orang lelaki, salah seorangnya adalah orang yang
kuat beribadah (`Abid), manakala yang seorang lagi pula adalah orang yang terpelajar
(`Alim). Lalu Rasulullah bersabda:
«فَضْلُ
العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ»
Kelebihan antara seorang `abid dengan seorang `alim ialah seumpama
kelebihan diriku berbanding orang yang paling rrendah (darjat) dalam kalangan
kalian.
ثُمَّ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ
وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي
جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ»
Kemudian
Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya para malaikat
serta seluruh penduduk langit dan bumi, bahkan semut-semut di sarangnya dan
ikan paus, mereka semua berselawat atas manusia yang mengajarkan kebaikan
kepada manusia.
Imam
at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih, Gharib.
(HR
At-Tirmizi di dalam Sunan At-Tirmizi, bilangan: 2685)