Hadis Dhoif: Kelebihan Menjilat Madu Sebulan Sekali
Imam
Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Mahmud bin Khidash, beliau berkata: HS Sa`id bin Zakaria’ al-Qurasyi, beliau
berkata: HS az-Zubair bin Sa`id al-Hasyimi, daripada Abdul Hamid bin Salim,
daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«مَنْ لَعِقَ الْعَسَلَ ثَلَاثَ غَدَوَاتٍ، كُلَّ شَهْرٍ، لَمْ
يُصِبْهُ عَظِيمٌ مِنَ الْبَلَاءِ»
Sesiapa yang menjilat madu sebanyak
tiga kali pada pagi hari setiap bulan, maka ia tidak akan menimpa bencana besar.
(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu
Majah, bilangan: 3450)
Ulasan:
Syeikh Syu`aib al-Arnaouth memberi ulasan:
Isnadnya Dhoif kerana kedhoifan az-Zubair bin Sa`id dan jahalah gurunya Abdul
Hamid bin salim. Al-Bukhari berkata: Aku tidak mengetahui bahawa Abdu Hamid
mendengar terus daripada Abu Hurairah.