Hadis Sahih: Dunia Jika Bernilai Di Sisi Tuhan
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Muhammad bin Abdul A`la as-San`ani, beliau berkata: HS Salamah bin Raja’,
beliau berkata: HS al-Walid bin Jamil, beliau berkata: HS al-Qasim Abu Abdur
Rahman, daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata:
«لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ
بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ»
Sekiranya dunia ini memiliki nilai seberat sayap nyamuk di sisi Allah,
nescaya Dia tidak akan memberikan setitis air pun untuk orang-orang Kafir.
Imam
at-Tirmizi berkata: Hadis ini Sahih Ghorib atas bentuk ini.
(HR
At-Tirmizi di dalam Sunan At-Tirmizi, bilangan: 2320)