Hadis Sahih: Bertawakkal Seperti Burung
Imam
at-Tirmizi dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ali bin Said al-Kindi,
beliau berkata: diceritakan kepada kami oleh Ibnu al-Mubarak, daripada Haiwah
bin Syuraih, daripada Bakar bin Amru, daripada Abdullah bin Hubairah, daripada
Abi Tamim al-Jaisyani, daripada Umar bin al-Khattab, beliau berkata: Rasulullah
SAW bersabda:
«لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ
تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ
بِطَانًا»
“Seandainya kamu benar-benar
bertawakal kepada Allah, nescaya kamu diberi rezeki, sebagaimana burung
mendapat rezeki, dia pergi di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di
petang hari dengan perut yang kenyang.”
Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih.
Tidak diketahui melainkan daripada bentuk ini sahaja. Abu Tamim al-Jaisyani
ialah (gelaran kepada) Abdullah bin Malik.
(HR at-Tirmizi di dalam Sunan
at-Tirmizi, bilangan: 2344)