Hadis Dhoif: Cukur Jambul Kuda
Imam Abu
Daud dengan sanadnya meriwayatkan: HS Abu
Taubah, daripada al-Haisam bin Humaid, (ح) HS Khusyaisy bin Asram, HS Abu `Asim, kesemuanya daripada Saur
bin Yazid, daripada Nasr al-Kinani, daripada seorang lelaki dan berkata Abu
Taubah, daripada Saur bin Yazid, daripada seorang guru dari Bani Sulaim,
daripada `Utbah bin Abdis Sulami, ini lafaz daripadanya. Dia telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
«لَا تَقُصُّوا نَوَاصِي الْخَيْلِ، وَلَا مَعَارِفَهَا، وَلَا
أَذْنَابَهَا، فَإِنَّ أَذْنَابَهَا مَذَابُّهَا، وَمَعَارِفَهَا دِفَاؤُهَا،
وَنَوَاصِيَهَا مَعْقُودٌ فِيهَا الْخَيْرُ»
Janganlah kamu mencukur jambul kuda
dan rambut leher serta ekornya. Sesungguhnya ekornya adalah yang akan
membelanya, bulu tengkoknya adalah pakaian yang akan menghangatkannya. Dan pada
jambulnya terikat seluruh kebaikan.
(HR Abu Daud, di dalam Sunan Abu Daud,
bilangan: 2542)
Kualiti Hadis
Syeikh Syuaib al-Arnaout menyatakan: Isnadnya
Dhoif kerana Idhtirab pada Saur bin Yazid.