Hadis Sahih: Celup Lalat Apabila Jatuh dalam Minuman
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Khalid bin Mukhallad, diceritakan kepada kami oleh Sulaiman
bin Bilal, beliau berkata: diceritakan kepada kami oleh `Utbah bin Muslim,
beliau berkata: Diberitakan kepadaku oleh `Ubaid bin Hunain, beliau berkata:
Aku mendengar Abu Hurairah radhiyallahuanhu berkata: Rasulullah SAW
bersabda:
«إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ
ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً»
Sekiranya seekor lalat jatuh ke
dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia
kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai
penawar.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 3320)