Hadis Hasan: Orang Beriman Umpama Lebah
Imam
Ibnu Hibban dengan sanadnya meriwayatkan:
Diberitakan kepada kami oleh Abdullah bin Qahtobah, beliau berkata: Diceritakan
kepada kami oleh al-`Abbas bin Abdul `Azim al-`Anbari, beliau berkata:
diceritakan kepada kami oleh Muammal bin Ismail, beliau berkata: Diceritakan
kepada kami oleh Syu`bah, daripada Ya`la bin `Ata’, daripada Waki` bin `Ududs,
daripada bapa saudaranya Abi Razin, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"مَثَلُ الْمُؤْمِنِ مَثَلُ النَّحْلَةِ
لَا تَأْكُلُ إِلَّا طَيِّبًا وَلَا تَضَعُ إِلَّا طَيِّبًا"
Orang beriman itu seumpama lebah
yang tidak makan melainkan yang baik-baik sahaja dan tidak meninggalkan
melainkan yang baik-baik juga.
(HR Ibnu Hibban, di dalam Sahih Ibnu
Hibban, bilangan: 247)
Kualiti Hadis
Syeikh Syu`aib al-Arnaouth berkata:
Hadis ini hasan. Muammal bin Ismail mempunyai
hafalan yang sangat buruk. Manakala Waki` bin `Udus pula tidak dianggap
dipercayai (siqah) melainkan oleh penulis (IBnu Hibban) sahaja.
Hadis seperti ini turut direkodkan oleh
al-Bukhari di dalam at-Tarikh al-Kabir (7/248) daripada jalan Harami bin
`Ammarah. An-Nasaie di dalam At-Tafsir, seperti itu juga di dalam at-Tuhfah
(8/335), at-Tabrani di dalam al-Kabir (19/460) dari jalan Muhammad bin Abi
Adi..