Hadis Sahih: Meminta Ular Keluar daripada Rumah
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan: HS Hannad, beliau
berkata: HS Abdah, daripada Ubaidillah bin Umar, daripada Saifi, daripada Abi
Sa`id al-Khudri, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّ لِبُيُوتِكُمْ عُمَّارًا، فَحَرِّجُوا عَلَيْهِنَّ
ثَلَاثًا، فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ مِنْهُنَّ شَيْءٌ فَاقْتُلُوهُنَّ»
Sesungguhnya di rumah-rumah kamu ada
penghuninya (jin yang berupa ular). Maka mintalah mereka untuk keluar sebanyak
tiga kali. Jika setelah itu mereka tetap kelihatan, maka bunuhlah mereka.
(HR at-Tirmizi di dalam Sunan
at-Tirmizi, bilangan: 1484)
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Hannad, beliau berkata: HS Ibnu Abi Zaidah, beliau berkata: HS Ibnu Abi Laila,
daripada Sabit al-Bunani, daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, beliau berkata:
Abu Laila berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"
إِذَا ظَهَرَتِ الحَيَّةُ فِي المَسْكَنِ فَقُولُوا لَهَا: إِنَّا نَسْأَلُكِ
بِعَهْدِ نُوحٍ، وَبِعَهْدِ سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ، أَنْ لَا تُؤْذِيَنَا، فَإِنْ
عَادَتْ فَاقْتُلُوهَا "
Jikalau ada ular muncul di tempat tinggal kamu, maka katakanlah
kepadanya, “Sesungguhnya kami meminta kepadamu dengan perjanjian Nuh dan
Sulaiman anak kepada Daud, agar kau tak menyakiti kami.” Jika ia tetap tinggal
tidak mahu pergi, maka bunuhlah.
Imam
at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Ghorib. Kami tidak mengetahui daripada
hadis Sabt al-Bunani melainkan dengan bentuk ini, daripada Ibnu Abi Laila.
(HR at-Tirmizi di dalam Sunan
at-Tirmizi, bilangan: 1485)