Hadis Sahih: Allah Maha Pengampun
Imam
al-Bukhari
dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ahmad bin Ishaq,
diceritakan kepadaku oleh Amru bin Asim, diceritakan kepada kami oleh Hammam,
diceritakan kepada kami Ishaq bin Abdullah, aku mendengar Abdur Rahman bin Abi
Amrah, beliau berkata: aku mendengar Abu Hurairah, beliau berkata: aku mendengar
Nabi SAW bersabda:
"
إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا - وَرُبَّمَا قَالَ أَذْنَبَ ذَنْبًا - فَقَالَ:
رَبِّ أَذْنَبْتُ - وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَبْتُ - فَاغْفِرْ لِي، فَقَالَ رَبُّهُ:
أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ
بِهِ؟ غَفَرْتُ لِعَبْدِي،
Seorang hamba telah ditimpa dosa – atau baginda berkata: dia telah
melakukan satu dosa – maka hamba itu berkata: “Tuhanku, aku telah melakukan
dosa – atau dia berkata: aku telah ditimpa dosa- maka ampunilah aku.”
Lantas Tuhannya berkata: “Adakah hambaku mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang
mengampuni dosa dan dapat menghukumnya? Aku telah mengampuni hambaku itu.”
ثُمَّ مَكَثَ
مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا، أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ
أَذْنَبْتُ - أَوْ أَصَبْتُ - آخَرَ، فَاغْفِرْهُ؟ فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي
أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ؟ غَفَرْتُ لِعَبْدِي،
Hamba tersebut berehat sebentar, kemudian dia ditimpa dosa lagi atau
melakukan dosa lagi. Dia berdoa: Tuhanku aku telah melakukan dosa – atau dia
berkata: aku telah ditimpa dosa lagi maka ampunilah dia” Maka Allah berkata: “Adakah
hambaku mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan dapat
menghukumnya? Aku telah mengampuni hambaku itu.”
ثُمَّ مَكَثَ
مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَابَ ذَنْبًا،
قَالَ: قَالَ: رَبِّ أَصَبْتُ - أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ - آخَرَ، فَاغْفِرْهُ لِي،
فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ؟
غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلاَثًا، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ "
Hamba tersebut berehat sebentar, kemudian melakukan dosa lagi atau dia
ditimpa dosa lagi. Dia berdoa: “Tuhanku aku telah ditimpa dosa lagi – atau dia
berkata: aku melakukan dosa lagi maka ampunilah aku” Maka Allah berkata: “Adakah
hambaku mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan dapat
menghukumnya? Aku telah mengampuni hambaku itu sebanyak tiga kali. Maka
lakukanlah apa yang kamu mahu.”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 7507)