Hadis Sahih: Ucapan Allah Tentang Rahmat-Nya
Imam
Muslim dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Abdullah bin Abdur rahman
bin Bahram ad-Darimi, diceritakan kepada kami oleh Marwan iaitu Ibnu Muhammad
ad-Dimasyqy, diceritakan kepada kami oleh Sa`id bin Abdul Aziz, daripada Rabiah
bin Yazid, daripada Abu Idris al-Khaulani, daripada Abu Dzar, daripada
Rasulullah SAW, seperti mana yang diriwayatkan daripada firman Allah:
«يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي،
وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ
ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ، فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ،
“Wahai para hamba-Ku! Sesungguhnya
telah Aku haramkan diri-Ku perbuatan zalim (aniaya) dan Aku jadikan ia larangan
(haram) di antara kalian. Maka janganlah kalian saling berbuat zalim (aniaya).
Wahai para hamba-Ku! Setiap antara kalian adalah sesat kecuali bagi orang yang
telah Aku beri petunjuk. Maka mintalah petunjuk kepada-Ku, nescaya Aku beri
kalian petunjuk.
: يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ، إِلَّا
مَنْ أَطْعَمْتُهُ، فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ
عَارٍ، إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ، فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ، يَا عِبَادِي
إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ
جَمِيعًا، فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ،
Wahai para hamba-Ku! Setiap daripada
kalian adalah lapar kecuali bagi orang yang telah Aku beri makan. Maka mintalah
makan daripada-Ku. Nescaya Aku beri kalian makan. Wahai para hamba-Ku! Setiap
kalian adalah telanjang kecuali bagi orang yang telah Aku beri pakaian. Maka
mintalah pakaian kepada-Ku. Nescaya Aku beri kalian pakaian. Wahai para
hamba-Ku! Sesungguhnya kalian berbuat kesalahan di malam dan di siang hari
sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Maka mintalah ampun kepada-Ku. Nescaya Aku
mengampuni kalian.
يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي فَتَضُرُّونِي
وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي، فَتَنْفَعُونِي، يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ
وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ
وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا،
Wahai para hamba-Ku! Sesungguhnya,
kalian tidak akan mampu menimpakan bahaya kepada-Ku maka mohonlah agar tidak
dimudaratkan kepada-Ku. Kalian tidak akan mampu menyampaikan manfaat kepada-Ku, maka mintalah manfaat kepada-Ku. Wahai
para hamba-Ku! Seandainya hati generasi terdahulu dan akhir daripada kalian,
golongan manusia dan jin kalian sama seperti hati orang paling takwa di antara
kalian (mereka semua adalah ahli kebajikan dan takwa). Maka hal itu (ketaatan
yang dilakukan makhluk) tidaklah menambah sesuatu pun daripada kekuasaan-Ku.
يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ
وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ
مِنْ مُلْكِي شَيْئًا، يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ
وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ
كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلَّا كَمَا
يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ،
Wahai para hamba-Ku! Seandainya hati
generasi terdahulu dan akhir daripada kalian, golongan manusia dan jin kalian
sama seperti hati orang paling fajir di antara kalian (ahli-ahli maksiat). Maka hal itu
(kemaksiatan yang mereka lakukan) tidaklah mengurangkan sesuatu pun daripada kekuasaan-Ku. Wahai para
hamba-Ku! Seandainya generasi terdahulu dan akhir daripada kalian, golongan
manusia dan jin kalian berada di bumi yang satu (wilayah), kemudian meminta
kepada-Ku, lantas Aku kabulkan permintaan masing-masing. Maka hal itu tidaklah
mengurangi apa-apa yang ada di sisi-Ku kecuali sebagaimana jarum yang
dimasukkan ke dalam lautan.
يَا عِبَادِي إِنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ،
ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا، فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا، فَلْيَحْمَدِ اللهَ وَمَنْ
وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ، فَلَا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ»
Wahai para hamba-Ku! Sesungguhnya,
ia hanyalah perbuatan-perbuatan yang Aku perhitungkan bagi kalian yang mana
kemudiannya Aku cukupkan buat kalian. Sesiapa yang mendapatkan kebaikan, maka
hendaklah ia memuji Allah dan sesiapa yang mendapatkan selain itu, maka
janganlah ia mencela selain dirinya sendiri.”
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 2577)