Hadis Sahih: Larangan Makan Daging Baghal dan Keldai Tetapi Tidak Pada Kuda
Imam Abu
Daud dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Sulaiman bin Harb, HS Hammad, daripada Amru bin Dinar, daripada Muhammad bin
Ali, daripada Jabir bin Abdullah. Beliau berkata:
«نَهَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ
خَيْبَرَ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ، وَأَذِنَ لَنَا فِي لُحُومِ الْخَيْلِ»
Rasulullah s.a.w. melarang kami untuk makan
daging keldai pada hari (peperangan) Khaibar dan mengizinkan kami makan daging
kuda.
(HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud,
bilangan: 3788, Sahih)
Imam Abu
Daud dengan
sanadnya meriwayatkan: HS Musa bin Ismail, HS Hammad, daripada Abi az-Zubair,
daripada Jabir bin Abdullah, beliau berkata:
Kami menyembelih kuda, baghal dan keldai pada
hari (peperangan) Khaibar. Lantas Rasulullah SAW melarang kami daripada (memakan)
baghal dan keldai tetapi tidak melarang pada kuda.
(HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud,
bilangan: 3789, Sahih)