Hadis Sahih: Nabi yang Membakar Seekor Semut
Imam
Muslim bin al-Hajjaj
meriwayatkan dengan sanadnya: Diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Rafi`,
diceritakan kepada kami oleh `Abdur Razzaq,diberitakan kepada kami oleh Ma`mar,
daripada Hammam bin Munabbih, beliau berkata: Ini apa yang diceritakan kepada
kami oleh Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW, lalu disebutkan beberapa
hadis. Kemudian Rasulullah bercerita:
" نَزَلَ نَبِيٌّ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ تَحْتَ شَجَرَةٍ، فَلَدَغَتْهُ
نَمْلَةٌ، فَأَمَرَ بِجِهَازِهِ فَأُخْرِجَ مِنْ تَحْتِهَا، وَأَمَرَ بِهَا فَأُحْرِقَتْ
فِي النَّارِ، قَالَ فَأَوْحَى اللهُ إِلَيْهِ: فَهَلَّا نَمْلَةً وَاحِدَةً
"
Salah seorang nabi daripada para
nabi telah berhenti (berehat) di bawah sebatang pohon, tiba-tiba dia digigit
seekor semut. Lantas nabi berkenaan mengarahkan supaya barang-barangnya dikemas
dan dikeluarkan daripada bawah pokok berkenaan. Kemudian diarahkan supaya
dibakar (sarang semut) dengan api. Setelah itu diwahyukan kepadanya: “Adakah
kamu membakar (sarang) hanya kerana seekor semut sahaja?”
(HR Muslim
di dalam Sahih Muslim, bilangan: 2241)