Hadis Sahih: Galakkan Menyebut Insya-Allah
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: diceritakan kepada kami oleh Mahmud, diceritakan kepada
kami oleh Abdur Razzaq, diberitakan kepada kami oleh Ma`mar, daripada Ibnu
Thowus, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah, beliau berkata:
قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ
عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ: لَأَطُوفَنَّ اللَّيْلَةَ بِمِائَةِ امْرَأَةٍ، تَلِدُ
كُلُّ امْرَأَةٍ غُلاَمًا يُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَقَالَ لَهُ المَلَكُ:
قُلْ إِنْ شَاءَ اللَّهُ، فَلَمْ يَقُلْ وَنَسِيَ، فَأَطَافَ بِهِنَّ، وَلَمْ
تَلِدْ مِنْهُنَّ إِلَّا امْرَأَةٌ نِصْفَ إِنْسَانٍ " قَالَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَوْ قَالَ: إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمْ
يَحْنَثْ، وَكَانَ أَرْجَى لِحَاجَتِهِ "
Sulaiman bin Daud Alaihis Salam
berkata: “Aku akan mengelilingi (menggauli) 100 orang isteri pada malam ini. Nescaya
nanti akan lahir daripada setiap orang tersebut anak lelaki yang akan berjuang
di jalan Allah.”
Malaikat berkata kepadanya: “Katakanlah
Insya-Allah.” Tetapi Nabi Sulaiman tidak menyebutkannya dan baginda lupa. Kemudian
dia mengelilingi isterinya. Tetapi seorang pun tidak melahirkan anak melainkan
seorang sahaja, itu pula dia menjadi setengah manusia (khunsa).
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya Sulaiman menyebutkan Insya-Allah,
nescaya (kehendaknya) tidak akan dibelakangkan serta lebih diharapkan supaya
hajatnya dipenuhi.”
(HR al-Bukhari
di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 5242)