Hadis Sahih: Kebaikan (pahala) ialah akhlak yang mulia.
Imam Muslim
bin al-Hajjaj dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepadaku oleh Muhammad
bin Hatim bin Maimun, diceritakan kepada kami oleh Ibnu Mahdi, daripada
Mu`awiyah bin Soleh, daripada Abdur Rahman bin Jubair bin Nufair, daripada
bapanya, daripada an-Nawwas bin Sim`an al-Ansari, beliau berkata: Aku bertanya
Rasulullah SAW berkenaan kebaikan (pahala) dan dosa. Maka Nabi bersabda:
«الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ، وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ، وَكَرِهْتَ
أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ»
Kebaikan
(pahala) ialah akhlak yang mulia. Manakala dosa pula ialah apa yang
menggelisahkan dadamu serta kamu benci ia terlihat di kalangan orang lain.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim, bilangan: 2553)