Hadis Sahih: Allah Menggantikan Kaum Yang Tidak Berdosa
Imam Muslim bin al-Hajjaj dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepadaku oleh Muhammad bin Rafi`, diceritakan kepada kami oleh Abdur Razzaq, diberitakan kepada kami oleh Ma`mar, daripada Ja`far al-Jazary, daripada Yazid bin al-Asam, daripada Abu hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَذَهَبَ اللهُ
بِكُمْ، وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ، فَيَسْتَغْفِرُونَ اللهَ فَيَغْفِرُ
لَهُمْ»
Demi jiwaku
yang berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tidak melakukan dosa, pasti Allah
akan membinasakan kamu. Kemudian Allah akan menggantikan dengan kaum yang
melakukan dosa lalu mereka memohon keampunan Allah, lantas Allah mengampunkan
mereka.
(HR Muslim
di dalam Sahih Muslim, bilangan: 2749)
Pengajaran
Dengan ilmu Allah yang luas dan mengetahui masa
depan makhluk, maka Allah dapati hambahamba-Nya pasti akan melakukan dosa
kerana itu adalah fitrah kejadian manusia. Maka Allah mahukan hamba-Nya memohon
ampun kepada-Nya dengan merendah diri dan tidak berasa sombong.
Allah mempunyai nama dan sifat At-Tawwab iaitu
Yang Menerima Taubat. Maka Allah mahu hamba-Nya tidak merasa kecewa, tetapi
sentiasa bergantung pada Allah dalam apa jua keadaan.
Hadis ini tidak bermaksud Allah memberi
kelonggaran kepada hamba-hamab-Nya untuk melakukan dosa dan kejahatan kemudian
bertaubat. Tidak sama sekali. Hadis ini mahu menyatakan sifat Allah yang lemah
lembut kepada hamba-Nya apabila mereka melakukan kesilapan.
Allah juga mahu menunjukkan bahawa Dia adalah
Tuhan yang sentiasa memberikan peluang bukannya menutup pintu taubat.
SubhanAllah wabihamdihi,
SubhanAllahil azim.