Hadis Sahih: Dosa Seperti Gunung dan Lalat, Taubat
Imam At-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Hannad, beliau berkata: Diberitakan kepada kami oleh Abu
Mu`awiyah, daripada al-A`masy, daripada `Umarah bin `Umairm, daripada al-Haris
bin Suwaid, beliau berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abdullah bin Mas`ud
dengan dua hadis, salah satu daripada dan satu lagi daripada orang lain.
Daripada Nabi SAW. Abdullah bin Mas`ud berkata:
إِنَّ
الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ
عَلَيْهِ، وَإِنَّ الفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ
قَالَ بِهِ هَكَذَا فَطَارَ
Seorang yang beriman akan melihat dosa-dosanya seperti dia berada di
lereng bukit, dia bimbang bukit itu akan menimpanya. Manakala orang yang
sombong pula melihat dosanya seperti lalat yang berada di atas hidung, dia
mengusirnya begini (mengibas), lalu ia terbang.
Kemudian,
Ibnu Mas`ud berkata lagi: Rasulullah bersabda:
" لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ
أَحَدِكُمْ مِنْ رَجُلٍ بِأَرْضٍ دَوِيَّةٍ مُهْلِكَةٍ مَعَهُ رَاحِلَتُهُ
عَلَيْهَا زَادُهُ وَطَعَامُهُ وَشَرَابُهُ وَمَا يُصْلِحُهُ فَأَضَلَّهَا فَخَرَجَ
فِي طَلَبِهَا، حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ المَوْتُ قَالَ: أَرْجِعُ إِلَى مَكَانِي الَّذِي
أَضْلَلْتُهَا فِيهِ فَأَمُوتُ فِيهِ، فَرَجَعَ إِلَى مَكَانِهِ فَغَلَبَتْهُ عَيْنُهُ
فَاسْتَيْقَظَ فَإِذَا رَاحِلَتُهُ عِنْدَ رَأْسِهِ عَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ
وَمَا يُصْلِحُهُ ": «هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ» وَفِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
وَالنُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، وَأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Allah berasa gembira dengan taubat kalian berbanding taubat seseorang
yang berada di atas bumi yang tandus. Bersama-samanya ialah tunggangan yang
diletakkan bekalan, makanan, minuman, dan apa sahaja yang diperlukannya. Kemudian
tunggangannya itu sesat lalu lelaki itu keluar mencarinya. Sehingga hampir-hampir
kematian menjumpainya. Dia berkata: Aku kembali ke tempat yang mula-mula aku
dapati ia hilang, lalu biar aku mati di situ. Dia pun kembali ke tempatnya yang
asal sehinggalah matanya mengalahkannya (tertidur). Kemudian apabila dia
terjaga, dia dapati kenderaannya berada di sisi kepalanya. Di atas kendereaan
tersebut masih terdapat makanan, minuman dan apa yang diperlukannya.
Imam
at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih.
(HR At-Tirmizi di dalam Sunan
at-Tirmizi, bilangan: 2497 dan 2498)
Takhrij Ringkas
Hadis ini juga boleh dirujuk di dalam Sahih
al-Bukhari: 6308, Musnad Ahmad: 3627 dan 3629, dan Syu`abul Iman: 6702.