Hadis Sahih: Perdebatan Adam dan Musa
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Abdul `Aziz bin Abdullah, diceritakan kepada kami oleh Ibrahim
bin Sa`ad, daripada Ibnu Syihab, daripada Humaid bin Abdur Rahman, Abu Hurairah
berkata: Rasulullah SAW bersabda:
" احْتَجَّ آدَمُ
وَمُوسَى، فَقَالَ لَهُ مُوسَى: أَنْتَ آدَمُ الَّذِي أَخْرَجَتْكَ خَطِيئَتُكَ
مِنَ الجَنَّةِ، فَقَالَ لَهُ آدَمُ: أَنْتَ مُوسَى الَّذِي اصْطَفَاكَ اللَّهُ
بِرِسَالاَتِهِ وَبِكَلاَمِهِ، ثُمَّ تَلُومُنِي عَلَى أَمْرٍ قُدِّرَ عَلَيَّ
قَبْلَ أَنْ أُخْلَقَ " فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى مَرَّتَيْنِ»
Nabi Adam pernah berdebat dengan
Nabi Musa, Musa berkata kepada Adam, “Kamu adalah Adam yang Allah telah
keluarkan kamu daripada syurga kerana kesalahanmu. Adam berkata kepada Musa:
Kamu adalah Musa yang Allah telah muliakan dengan risalah dan bercakap-cakap
dengan-Nya. Kemudian kamu menyakitiku pada perkara yang telah ditentukan
kepadaku sebelum aku diciptakan.
Rasulullah lalu berkata: Adam
telah mengalahkan Musa sebanyak dua kali dalam perdebatan itu.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 3409)
_______________
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh As-Salt bin Muhammad, diceritakan kepada kami oleh Mahdi bin
Maimun, diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurairah,
daripada Rasulullah SAW bersabda:
" التَقَى آدَمُ وَمُوسَى، فَقَالَ مُوسَى لِآدَمَ: آنْتَ
الَّذِي أَشْقَيْتَ النَّاسَ وَأَخْرَجْتَهُمْ مِنَ الجَنَّةِ؟ قَالَ آدَمُ:
أَنْتَ مُوسَى الَّذِي اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِرِسَالَتِهِ، وَاصْطَفَاكَ لِنَفْسِهِ
وَأَنْزَلَ عَلَيْكَ التَّوْرَاةَ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَوَجَدْتَهَا كُتِبَ
عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَنِي، قَالَ: نَعَمْ، فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى "
Adam dan Musa bertemu, lalu Musa
berkata kepada Adam: Adakah engkau yang menyusahkan manusia dan mengeluarkan
mereka daripada syurga?. Lalu Adam berkata: Engkaukah Musa yang dimuliakan
Allah dengan risalah dan Allah memuliakanmu dengan diri-Nya (bercakap-cakap),
lalu diturunkan kepada kamu at-Taurat?. Musa berkata: Ya. Adam berkata:
Kemudian engkau dapati bahawa isu tersebut telah ditakdirkan kepadaku sebelum
aku diciptakan? Musa menjawab: Ya. Maka, Adam telah mengalahkan Musa.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 4736)
________________
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Ali bin Abdullah, diceritakan kepada kami oleh Sufyan, beliau
berkata: Kami menghafalnya daripada Amru, daripada Towus: Aku mendengar
daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW berkata:
" احْتَجَّ آدَمُ وَمُوسَى، فَقَالَ لَهُ مُوسَى: يَا آدَمُ
أَنْتَ أَبُونَا خَيَّبْتَنَا وَأَخْرَجْتَنَا مِنَ الجَنَّةِ، قَالَ لَهُ آدَمُ:
يَا مُوسَى اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِكَلاَمِهِ، وَخَطَّ لَكَ بِيَدِهِ، أَتَلُومُنِي
عَلَى أَمْرٍ قَدَّرَهُ اللَّهُ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَنِي بِأَرْبَعِينَ
سَنَةً؟ فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى، فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى "
Adam dan Musa berdebat. Musa
berkata kepada Adam: Wahai Adam, engkau adalah bapa kami telah mengecewakan
kami dan mengeluarkan kami daripada syurga. Adam berkata kepada Musa: Wahai
Musa, Allah telah memuliakan engkau dengan perbualan dengan-Nya, serta
menurutkan kepadamu Taurat. Adakah engkau mahu menyakitiku atas ketentuan Allah
sebelum aku diciptakan selama 40 tahun? Maka Adam telah mengalahkan Musa, Adam
telah mengalahkan Musa.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari,
bilangan: 6614)