Hadis Sahih: Penghujung Nyawa
Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ
بِيَدِهِ، لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ، وَلَا نَصْرَانِيٌّ،
ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ، إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ
النَّارِ
Demi Zat
yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, tiada seorang pun daripada umat
ini Yahudi atau Kristian yang mendengar risalahku, kemudian mati sedangkan dia
tidak beriman dengan apa yang aku bawakan, melainkan dia pasti akan menjadi
penghuni neraka.
(HR Muslim:
153, Sahih.)
Pengajaran
Hadis
- Setiap orang Islam hendaklah berusaha memberi penerangan tentang risalah Nabi kepada orang bukan Islam supaya mereka beriman.
- Orang yang tidak beriman setelah dijelaskan ajaran Islam, lalu dia faham kemudian sengaja menolak untuk mengamalkan ajaran Islam, maka mereka akan menjadi penghuni neraka.
- Kematian adalah penghujung kiraan amalan manusia daripada sudut syurga dan neraka. Apabila seseorang meninggal dalam keadaan kafir, maka dia tidak mungkin menjadi Islam setelah mati.