Hadis Terlalu Lemah: Bilangan Nabi & Rasul
Dikatakan
bahawa Abu Dzar bertanya Rasulullah SAW:
يَا رَسُولَ اللهِ، كَمْ
وَفَّى عِدَّةُ الْأَنْبِيَاءِ؟ قَالَ: " مِائَةُ أَلْفٍ وَأَرْبَعَةٌ وَعِشْرُونَ
أَلْفًا الرُّسُلُ مِنْ ذَلِكَ ثَلَاثُ مِائَةٍ وَخَمْسَةَ عَشَرَ جَمًّا غَفِيرًا
"
Wahai Rasulullah,
berapakah bilangan para nabi? Rasulullah saw menjawab. "Jumlah para nabi
124,000 orang. Manakala jumlah rasul sebanyak 313 orang secara berkelompok.”
(HR Ahmad: 22288)
Hadis ini
diriwayatkan dengan cerita yang panjang dalam riwayat imam Ahmad. Ia adalah
hadis yang terlalu lemah menurut Syeikh Syu`aib al-Arnaouth.
Ini disebabkan
`Ali bin Yazid atau nama gelarannya Abu Abdul Malik al-Alhaani dalam rangkaian
sanad hadis ini adalah seorang yang Munkarul Hadis menurut Imam al-Bukhari
dalam ad-Dhu`afa’ as-Soghir: 255. Ia juga disepakati oleh an-Nasaie dalam
ad-Dhu`afa’ wal matrukin: 432.