Hadis Sahih: Kelebihan Nabi SAW
Abu
Hurairah (W:57H) meriwayatkan bahawa Nabi SAW (W:11H) bersabda:
فُضِّلْتُ عَلَى الْأَنْبِيَاءِ
بِسِتٍّ: أُعْطِيتُ جَوَامِعَ الْكَلِمِ، وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ، وَأُحِلَّتْ لِيَ
الْغَنَائِمُ، وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ طَهُورًا وَمَسْجِدًا، وَأُرْسِلْتُ إِلَى
الْخَلْقِ كَافَّةً، وَخُتِمَ بِيَ النَّبِيُّونَ
Aku diberi
kelebihan daripada nabi yang lain dengan enam perkara iaitu:
- Aku diberi Jawami 'al Kalim (kata-kata yang pendek tetapi padat dengan hikmah),
- Aku diberi kemenangan dengan rasa takut para musuh,
- Harta rampasan perang dihalalkan untukku,
- Seluruh permukaan bumi adalah bersih dan boleh menjadi tempat sujud bagiku
- Aku diutus kepada seluruh umat manusia, dan
- Aku penutup para nabi
(HR Muslim: 523, Sahih)