Hadis Dhoif: Penghulu Lauk Pauk Adalah Garam
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Asalamualaikum. Tuan, boleh ana dapatkan rujukan hadis
di bawah:
1. Apakah status hadis ini “Penghulu segala lauk pauk
adalah garam” – Ibnu Majah
2. Hadis yang menyatakan Nabi SAW ambil secubit garam
sebelum makan.
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullah wa barakatuh
1. Teks arab hadis tersebut:
سيد إدامكم الملح
Idam biasanya diterjemah sebagai side
dishes/kuah/pencicah.
Ia diriwayatkan oleh Ibn Majah no 3315 (tahqiq fuad
abdul baqi). Dinilai dhaif oleh al-Albani. Syaikh Syuaib menyatakan bahawa
hadis ini tersangat lemah. no 3317 Sunan Ibn Majah.
2. Saya tidak pernah menemui hadis yang menyatakan Rasulullah
SAW memulakan makan dengan secubit garam dahulu.
Wallahualam.
Tarikh: 4/8/2015