Hadis Dhoif: Kelebihan Solat di Masjid yang Jauh
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
It was narrated that Anas bin Malik said:
صَلاَةُ الرَّجُلِ فِي بَيْتِهِ بِصَلاَةٍ وَصَلاَتُهُ فِي
مَسْجِدِ الْقَبَائِلِ بِخَمْسٍ وَعِشْرِينَ صَلاَةً وَصَلاَتُهُ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي
يُجَمَّعُ فِيهِ بِخَمْسِمِائَةِ صَلاَةٍ وَصَلاَةٌ فِي الْمَسْجِدِ الأَقْصَى بِخَمْسِينَ
أَلْفِ صَلاَةٍ وَصَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي بِخَمْسِينَ أَلْفِ صَلاَةٍ وَصَلاَةٌ فِي
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ بِمِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ
“The Messenger of Allah (ﷺ)
said: ‘A man’s prayer in his house is equal to one prayer; his prayer in the
mosque of the tribes is equal to twenty-five prayers; his prayer in the mosque
in which Friday prayer is offered is equal to five-hundred prayers; his prayer
in Aqsa Mosque is equal to fifty thousand prayers; his prayer in my mosque is
equal to fifty thousand prayers; and his prayer in the Sacred Mosque is equal
to one hundred thousand prayers.”
Saya jumpa dalam sunan Ibn Majah, soalan:
1) Adakah hadis ini maqbul?
2) Bolehkah ulas tentang fadhilat 25 solat di masjid
kabilah nya dan 500 solat di masjid yg diadakan solat jumaat? Bolehkah
dikiaskan utk mengatakan solat di masjid jauh lebih afdal daripada di surau
taman kita?
Jawapan:
Hadis di atas adalah dhaif. Di dalamnya terdapat
perawi-perawi yang lemah. Ia di dhaifkan oleh Albusiri di dalam misbah
az-zujajah fi zawaid ibn majah. Dinilai dhaif oleh Ibn Rajab di dalam Fathul
Bari ketika mensyarahkan hadis-hadis fadhilat solat berjemaah di dalam Sahih
al-Bukhari. Dinilai dhaif oleh Ibn Al-Qayyim dalam
al-manar al-munif fi as-sahih wa ad-dhaif.
Fadhilat solat berjemaah berbeza-beza kerana banyak
faktor seperti jarak, bilangan jemaah, umur masjid dan lain-lain.
Namun secara umum pahala solat di masjid selain daripada
3 masjid utama adalah sama.
Wallahualam
Soalan:
Adakah fadhilat dan anjuran solat berjemaah di masjid di
dalam hadith terpakai juga di tempat selainnya? Seperti di surau kampung atau
surau office yg khusus utk dilakukan solat di dalamnya?
Dan andaikata kita buat majlis ilmu di dewan, masuk
maghrib kita solat berjemaah beramai2 di situ, adakah kita dapat fadhilat solat
berjemaah i.e. Adakah allah dan malaikat selawat atas saf pertama?
Adakah malaikat mohon ampun bagi kita selagi kita duduk
di tempat solat dan tidak berhadas?
Adakah fadhilatnya bergantung pada tempat dimana kita
solat atau perbuatan solat berjemaah itu sendiri?
Jawapan:
Dalam isu solat berjemaah ada dua ranting
sekurang-kurangnya. iaitu fadhilat berjemaah itu sendiri dan yang kedua ialah tempat
kita menunaikan jemaah itu sendiri.
Dalam hadis ada pujian terhadap pemgembala kambing yang
jauh mengembala, dan apabila masuk waktu dia dirikan azan dan iqamah untuk
solat. dia lakukan dengan tujuan untuk berjemaah tetapi memandangkan dia
keseorangan di padang ragut, lalu dia solat bersendirian.
Begitu juga ada bab dalam sahih bukhari tentang solat
berjemaah di masjid di pasar. Juga hadis supaya solat berjemaah dalam musafir.
Adapun pahala berjemaah di masjid, maka ia pahala lain
pula. Kerana banyak hadis yang menyatakan kelebihan masjid seperti iktikaf,
pahala bagi setiap langkah ke masjid, doa malaikat bagi seseorang yang kekal di
tempat solatnya di masjid menunggu solat yang lain, mendapat pahala seolah
mengerjakan solat dan lain-lain. Ini semua hanya terpakai untuk tempat yang
berstatus masjid iaitu tempat yang diniatkan semasa pembinaanya sebagai waqaf
masjid.
Adapun tempat lain seperti surau pejabat, mall dan
lain-lain, maka tiada kelebihan-kelebihan tambahan tersebut.
Adapaun fadhilat umum seperti saf pertama, sebelah kanan
saf dll, maka akan diperolehi dalam mana-mana jemaah InsyaAllah.
Wallahualam
Tarikh: 3/8/2015