Hadis Sahih: Unta Yang Mengadu
Imam Abu
Daud dengan
sanadnya meriwayatkan: HS Musa bin Ismail, HS Mahdi, HS Ibnu Abi Ya`qub,
daripada al-Hasan bin Sa`ad pembantu al-Hasan bin `Ali, daripada Abdullah bin
Ja`far, beliau berkata:
أَرْدَفَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ خَلْفَهُ ذَاتَ يَوْمٍ، فَأَسَرَّ إِلَيَّ حَدِيثًا لَا أُحَدِّثُ بِهِ
أَحَدًا النَّاسِ، وَكَانَ أَحَبُّ مَا اسْتَتَرَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحَاجَتِهِ هَدَفًا، أَوْ حَائِشَ نَخْلٍ، قَالَ:
فَدَخَلَ حَائِطًا لِرَجُلٍ الْأَنْصَارِ فَإِذَا جَمَلٌ،
Rasulullah membonceng aku di belakang baginda
pada suatu hari. Baginda bercerita kepadaku tentang satu cerita. Cerita itu aku
tidak sampaikan kepada sesiapapun.
Rasulullah SAW paling suka menutup dirinya
ketika menunaikan hajat (membuang air) di balik tembok tinggi atau rimbunan
pohon kurma. Kemudian baginda memasuki sebuah kebun milik seorang lelaki Ansar,
tiba-tiba baginda menjumpai seekor unta.
فَلَمَّا رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
حَنَّ وَذَرَفَتْ عَيْنَاهُ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَمَسَحَ ذِفْرَاهُ فَسَكَتَ، فَقَالَ: «مَنْ رَبُّ هَذَا الْجَمَلِ،
لِمَنْ هَذَا الْجَمَلُ؟»، فَجَاءَ فَتًى مِنَ الْأَنْصَارِ فَقَالَ: لِي يَا
رَسُولَ اللَّهِ. فَقَالَ: «أَفَلَا تَتَّقِي اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهِيمَةِ
الَّتِي مَلَّكَكَ اللَّهُ إِيَّاهَا؟، فَإِنَّهُ شَكَا إِلَيَّ أَنَّكَ تُجِيعُهُ
وَتُدْئِبُهُ»
Apabila unta itu melihat Nabi SAW, dia menagis
teresak-esak serta mengalirkan air mata. Nabi SAW datang kepadanya lalu
mengusap tulang belakang telinganya sehingga ia berhenti menangis. Nabi
bertanya: “Siapakah tuan unta ini? Siapa pemilik unta
ini?” Lalu datanglah seorang pemuda daripada kelompok Ansar dan berkata:
“Ia milikku wahai Rasulullah.”
Maka Nabi berkata: “Tidakkah
kamu bertaqwa kepada Allah terhadap haiwan yang diamanahkan Allah kepadamu ini?
Dia telah mengadu kepadaku bahawa kamu membuatkannya lapa serta menyakitinya.”
(HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud,
bilangan: 2549)
Syeikh Syuaib al-Arnaout berkata: Isnadnya sahih.