Hadis Sahih: Kisah Dajal
Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Abu
Khaisamah Zuhair bin Harb, diceritakan kepada kami oleh al-Walid bin Muslim,
diceritakan kepada kami oleh Abdur Rahman bin Yazid bin Jabir, diceritakan
kepada kami oleh Yahya bin Jabir at-Toily – Qadhi Homs, diceritakan kepada kami
oleh Abdur Rahman bin Jubair, daripada bapanya Jubair bin Nufair al-Hadhrami,
bahawa dia mendengar daripada an-Nawwas bin Sam`an al-Kalaby (ح)
Diceritakan
kepadaku oleh Muhammad bin Mihran ar-Razzi – Lafaz ini adalah daripadanya-
Diceritakan kepada kami oleh al-Walid bin Muslim, diceritakan kepada kami oleh
Abdur Rahman bin Yazid bin Jabir, daripada Yahya bin Jabir at-Toie, daripada
Abdur Rahman bin Jubair bin Nufair, daripada bapanya Jubair bin Nufair,
daripada an-Nawwas bin Sam`an, beliau berkata:
ذَكَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ، فَخَفَّضَ فِيهِ وَرَفَّعَ، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي
طَائِفَةِ النَّخْلِ، فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِينَا، فَقَالَ:
«مَا شَأْنُكُمْ؟»
Suatu pagi,
Rasulullah saw bercerita tentang Dajal kepada kami. Ketika bercerita,
Rasulullah saw menundukkan dan mengangkat pandangan baginda, sehinggakan kami
menyangka ketika itu Dajal sedang berada di sekitar pohon kurma. Apabila kami
pergi melihatnya, Rasulullah saw mengetahui perasaan takut kami terhadap Dajal,
maka baginda bertanya, “Apakah yang terjadi kepada kalian?”
قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ غَدَاةً، فَخَفَّضْتَ
فِيهِ وَرَفَّعْتَ، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ،
Kami menjawab,
“Wahai utusan Allah. Pagi tadi, kamu telah menceritakan tentang Dajal. Semasa
bercerita kamu menundukkan pandangan dan mengangkat kembali sehingga kami
menyangka ketika itu Dajal sedang berada di sekitar pohon kurma.”
فَقَالَ: «غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَيْكُمْ، إِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا
فِيكُمْ، فَأَنَا حَجِيجُهُ دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ،
فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ وَاللهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Rasulullah saw
berkata, “Bukanlah Dajal yang aku lebih takut menimpa
kamu. Jika Dajal itu muncul ketika aku masih berada bersama kamu, maka aku
dapat menjadi hujah (penentang) untuk kamu. Jika dia muncul ketika aku tidak
lagi bersama kamu, maka setiap orang menjadi hujah bagi dirinya sendiri. Allah
adalah penggantiku bagi setiap Muslim.
إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ، عَيْنُهُ طَافِئَةٌ، كَأَنِّي أُشَبِّهُهُ بِعَبْدِ الْعُزَّى
بْنِ قَطَنٍ، فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ، فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ
سُورَةِ الْكَهْفِ، إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّأْمِ وَالْعِرَاقِ،
فَعَاثَ يَمِينًا وَعَاثَ شِمَالًا، يَا عِبَادَ اللهِ فَاثْبُتُوا»
Dajal
ialah seorang pemuda yang rambutnya kerinting, matanya menonjol, aku lihat ia
menyerupai Abd Uzza bin Qattan. Sesiapa sahaja antara kamu yang melihatnya,
maka bacalah permulaan surah al-Kahfi. Dajal muncul antara kota Syam dan Iraq.
Dia merosakkan bahagian kiri dan kanan kota tersebut. Wahai hamba-hamba Allah,
bertenanglah!”
قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ:
«أَرْبَعُونَ يَوْمًا، يَوْمٌ كَسَنَةٍ، وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ، وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ،
وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ» قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ فَذَلِكَ
الْيَوْمُ الَّذِي كَسَنَةٍ، أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ؟ قَالَ: «لَا،
اقْدُرُوا لَهُ قَدْرَهُ»
Kami bertanya.
“Wahai utusan Allah! Berapa lama Dajal akan tinggal di bumi?” Rasulullah saw
menjawab, “40 hari. Namun, satu hari waktunya seperti
satu tahun, sehari seperti satu bulan. Sehari seperti satu jumaat, dan seluruh
hari-hari yang berikutnya adalah seperti seluruh hari yang kamu jalani.” Kami
bertanya. “Wahai utusan Allah. Bagaimana menurut kamu satu hari yang seperti
satu tahun itu, adakah kami cukup melakukan solat satu hari saja?” Rasulullah
saw menjawab. “Tidak! Kamu kiralah sendiri!”
قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا إِسْرَاعُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: "
كَالْغَيْثِ اسْتَدْبَرَتْهُ الرِّيحُ، فَيَأْتِي عَلَى الْقَوْمِ فَيَدْعُوهُمْ،
فَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ، فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ،
وَالْأَرْضَ فَتُنْبِتُ، فَتَرُوحُ عَلَيْهِمْ سَارِحَتُهُمْ، أَطْوَلَ مَا
كَانَتْ ذُرًا، وَأَسْبَغَهُ ضُرُوعًا، وَأَمَدَّهُ خَوَاصِرَ، ثُمَّ يَأْتِي الْقَوْمَ،
فَيَدْعُوهُمْ فَيَرُدُّونَ عَلَيْهِ قَوْلَهُ، فَيَنْصَرِفُ عَنْهُمْ،
فَيُصْبِحُونَ مُمْحِلِينَ لَيْسَ بِأَيْدِيهِمْ شَيْءٌ مِنْ أَمْوَالِهِمْ،
Kami bertanya lagi,
“Wahai utusan Allah. Bagaimana kecepatan Dajal di bumi ini?” Rasulullah saw
menjawab, “Seperti kecepatan awan (hujan) yang diikuti
oleh angin dari belakang. Dajal datang menemui suatu kaum dan mengajak mereka, Dajal
kemudian datang menemui suatu kaum yang lain dan mengajak mereka. Kaum itu
menyambut ajakan Dajal dan membenarkannya. Dajal lantas memerintahkan langit
untuk menurunkan hujan dan hujan pun turun. Dia memerintahkan bumi untuk
menumbuhkan tanaman dan tanaman pun tumbuh. Kemudian, binatang ternakan mereka
kembali kepada mereka dalam keadaan tinggi (tubuhnya) seperti puncak, rusuknya
lebar (kerana kenyang) dan mengeluarkan air susu yang sangat deras. Kemudian Dajal
datang menemui suatu kaum dan mengajak mereka, namun kaum itu tidak mempercayai
Dajal dan tidak menjawab seruannya sehinggakan Dajal pergi dari mereka. Namun,
harta mereka mengikutinya sehingga mereka tidak memiliki apapun.
وَيَمُرُّ بِالْخَرِبَةِ، فَيَقُولُ لَهَا: أَخْرِجِي كُنُوزَكِ، فَتَتْبَعُهُ
كُنُوزُهَا كَيَعَاسِيبِ النَّحْلِ، ثُمَّ يَدْعُو رَجُلًا مُمْتَلِئًا شَبَابًا،
فَيَضْرِبُهُ بِالسَّيْفِ فَيَقْطَعُهُ جَزْلَتَيْنِ رَمْيَةَ الْغَرَضِ، ثُمَّ
يَدْعُوهُ فَيُقْبِلُ وَيَتَهَلَّلُ وَجْهُهُ، يَضْحَكُ،
Dajal
kemudian pergi kepada tanah yang telah hancur dan berkata kepada tanah
tersebut, “Keluarkanlah hartamu!” Lalu harta tersebut mengikutinya seperti
sekumpulan lebah. Dajal kemudian memanggil seorang yang penuh dengan sifat
kepmudaan. Dia dilibas dengan pedang sehinggakan tubuhnya terbelah dua. Dajal
kemudian memanggil mayat pemuda yang tubuhnya telah terbelah menjadi dua itu
dan pemuda itu menjawab panggilan Dajal. Tiba-tiba tubuh si pemuda bercantum
seperti semula. Dia bangkit dengan menunjukkan wajah berseri sambil tertawa.
فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللهُ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ،
فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بَيْنَ
مَهْرُودَتَيْنِ، وَاضِعًا كَفَّيْهِ عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكَيْنِ، إِذَا طَأْطَأَ
رَأْسَهُ قَطَرَ، وَإِذَا رَفَعَهُ تَحَدَّرَ مِنْهُ جُمَانٌ كَاللُّؤْلُؤِ،
Dalam
situasi kehidupan seperti itu, Allah bangkitkan al-Masih anak Maryam. Dia turun
pada sebuah menara putih di timur kota
Damsyik, dengan memakai dua mahrudah (kain yang dicelup dengan Zafran).
Nabi Isa meletakkan kedua-dua tangannya pada sayap dua malaikat. Ketika nabi
Allah ini menganggukkan kepalanya, jatuhlah butiran seperti mutiara, jika dia
mengangkat kepalanya, jatuhlah butiran seperti mutiara.
فَلَا يَحِلُّ لِكَافِرٍ يَجِدُ رِيحَ نَفَسِهِ إِلَّا مَاتَ، وَنَفَسُهُ
يَنْتَهِي حَيْثُ يَنْتَهِي طَرْفُهُ، فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ
لُدٍّ، فَيَقْتُلُهُ،
Pada
waktu itu, tidaklah seseorang (orang kafir) yang menghidu bau nafas Isa
melainkan dia akan mati. Bau nafasnya memiliki jarak sejauh pandangan matanya.
Nabi Isa kemudian mencari Dajal dan mendapatinya berada di hadapan Gerbang Lud,
kemudian nabi Allah ini membunuh Dajal.”
(HR Muslim
di dalam Sahih Muslim, bilangan: 2937)