Hadis Sahih: Kisah Manusia Yang Ditenggelamkan
Imam
Muslim bin al-Hajaj
dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abu
Syaibah, diceritakan kepada kami oleh Yunus bin Muhammad, diceritakan kepada
kami oleh al-Qasim bin al-Fadhl al-Huddani, daripada Muhammad bin Ziyad,
daripada Abdullah bin az-Zubair, Aishah berkata:
عَبَثَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي
مَنَامِهِ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ صَنَعْتَ شَيْئًا فِي مَنَامِكَ لَمْ
تَكُنْ تَفْعَلُهُ، فَقَالَ:
Aku mendapati Rasulullah SAW banyak bergerak ketika sedang tidur. (Ketika
Rasulullah SAW terjaga daripada tidur),
kami bertanya, “Wahai utusan Allah! Aku melihat kamu banyak bergerak di dalam
tidurmu. Aku belum pernah melihat kamu melakukan hal itu sebelumnya. (Apa yang
tidak kena dengan dirimu?)” Rasulullah SAW menjawab:
«الْعَجَبُ إِنَّ نَاسًا مِنْ أُمَّتِي يَؤُمُّونَ بِالْبَيْتِ
بِرَجُلٍ مِنْ قُرَيْشٍ، قَدْ لَجَأَ بِالْبَيْتِ، حَتَّى إِذَا كَانُوا
بِالْبَيْدَاءِ خُسِفَ بِهِمْ»،
“Sungguh menghairankan! Ada
sekelompok manusia daripada umatku yang datang menuju Baitullah (Kaabah) untuk
menangkap seorang lelaki Quraisy yang berlindung di Baitullah. Namun, ketika
mereka di al-Baida’ (padang pasir), mereka ditenggelamkan ke dasar bumi.”
فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ الطَّرِيقَ قَدْ يَجْمَعُ
النَّاسَ، قَالَ:
Kami bertanya: “Wahai utusan Allah! Jalan
yang mereka lalui itu juga banyak dilintasi manusia.” Rasulullah SAW menjawab:
«نَعَمْ، فِيهِمُ الْمُسْتَبْصِرُ وَالْمَجْبُورُ وَابْنُ
السَّبِيلِ، يَهْلِكُونَ مَهْلَكًا وَاحِدًا، وَيَصْدُرُونَ مَصَادِرَ شَتَّى، يَبْعَثُهُمُ
اللهُ عَلَى نِيَّاتِهِمْ»
“Benar, di antara mereka adalah
al-Mustabsir (orang yang mahu menangkap lelaki berkenaan), Al-Majbur (orang
yang tidak suka lelaki itu ditangkap), dan Ibnu Sabil (Orang yang bersama-sama
mereka melalui jalan berkenaan tetapi bukanlah sebahagian daripada mereka).
Mereka semuanya binasa sekali gus. Nanti mereka akan dibangkitkan dalam keadaan
yang berbeza-beza. Mereka akan dibangkitkan kepada Allah berdasarkan niat-niat
mereka.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 2884)