Hadis Sahih: Wanita Masuk Neraka Kerana Kucing
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: diceritakan kepada kami oleh Nasr bin `Ali, diberitakan
kepada kami oleh Abdul A`la, diceritakan kepada kami oleh `Ubaidullah bin `Umar,
daripada Nafi`, daripada Ibnu `Umar radhiyallahuanhuma, daripada Nabi SAW,
baginda bercerita:
«دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ
تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ»
Seorang wanita memasuki neraka
kerana (penyeksaan terhadap) kucing. Dia mengikat (mengurung) kucing tersebut,
tidak memberinya makan, serta tidak membiarkan kucing tersebut makan
rumput-rumput tanah.
(HR Al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 3318)
Imam
Muslim bin Hajjaj
dengan sanadnya meriwayatkan: Az-Zuhri berkata: Diceritakan kepadaku oleh
Humaid, daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW, baginda berkata:
دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَا هِيَ
أَطْعَمَتْهَا، وَلَا هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ، حَتَّى
مَاتَتْ هَزْلًا
Seorang wanita masuk api neraka
kerana (penyeksaan terhadap) kucing. Dia mengikatnya (mengurungnya), dia tidak
memberinya makan, dia tidak membiarkan kucing berkenaan memakan rumput,
sehingga menyebabkan ia mati. (Dia melakukannya kerana) untuk bersuka-suka.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 2619)