Hadis Sahih: Ujian Menghapuskan Dosa
Imam Muslim bin al-Hajjaj dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Abu Kuraib, kedua-dua mereka
berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Usamah, daripada al-Walid bin Kasir,
daripada Muhammad bin Amru bin Ata’, daripada `Ata’ bin Yasar, daripada Abi
Sa`id dan Abu Hurairah, kedua-dua mereka berkata: Kami mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
«مَا
يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ، وَلَا نَصَبٍ، وَلَا سَقَمٍ،
وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ، إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ»
Seorang mukmin tidak ditimpa sesuatu kesakitan, kesusahan, sakit yang
berterusan, kesedihan bahkan sehingga kepayahan yang menyempitkan melainkan ia
menjadi penyebab dihapuskan dosa-dosanya.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 2573)