Hadis Sahih: Pelacur Masuk Syurga Kerana Anjing
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: diceritakan kepada kami oleh Sa`id bin
Talid, diceritakan kepada kami oleh Ibnu Wahab, beliau berkata: diberitakan
kepadaku oleh Jarir bin Hazim, daripada Ayyub, daripada Muhammad bin Sirin,
daripada Abu Hurairah radhiyallahuanhu, beliau berkata: Rasulullah SAW
bercerita:
«بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ، كَادَ يَقْتُلُهُ
العَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ
مُوقَهَا فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ»
Ketika seekor anjing
mengelilingi sebuah perigi, hampir-hampir ia mati kerana dahaga. Tiba-tiba ia
dilihat oleh salah seorang wanita pelacur daripada para pelacur Bani Israil. Lalu
wanita itu menanggalkan sandalnya lantas memberi minum anjing berkenaan. Allah
mengampunkan wanita itu kerana perlakuannya.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 3467)