Hadis Sahih: Lelaki Yang Diperintahkan Awan Untuk Menyirami Kebunnya
Imam
Muslim bin al-Hajjaj
dengan sanadnya meriwayatkan: diceritakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi
Syaibah dan Zuhair bin Harb – lafaz ini adalah daripada Abu Bakar – mereka
berdua berkata: diceritakan kepada kami oleh Yazid bin Harun, diceritakan
kepada kami oleh Abdul `Aziz bin Abi Salamah, daripada Wahab bin Kaisan,
daripada `Ubaid bin `Umair al-Laisy, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW,
beliau bercerita:
بَيْنَا رَجُلٌ بِفَلَاةٍ مِنَ الْأَرْضِ، فَسَمِعَ
صَوْتًا فِي سَحَابَةٍ: اسْقِ حَدِيقَةَ فُلَانٍ، فَتَنَحَّى ذَلِكَ السَّحَابُ،
فَأَفْرَغَ مَاءَهُ فِي حَرَّةٍ، فَإِذَا شَرْجَةٌ مِنْ تِلْكَ الشِّرَاجِ قَدِ
اسْتَوْعَبَتْ ذَلِكَ الْمَاءَ كُلَّهُ، فَتَتَبَّعَ الْمَاءَ، فَإِذَا رَجُلٌ
قَائِمٌ فِي حَدِيقَتِهِ يُحَوِّلُ الْمَاءَ بِمِسْحَاتِهِ،
Ketika seorang lelaki berjalan di
padang yang luas yang tiada kehidupan, tiba-tiba dia mendengar suatu suara di
balik awan: “Siramilah kebun si fulan.”Lalu awan tersebut bergerak dan
menurunkan airnya di tanah kering kontang yang penuh dengan batuan hitam. Apabila
salah satu daripada saluran air telah penuh, dia pun mengikuti aliran air
tersebut. Tiba-tiba dia terjumpa seorang lelaki yang sedang berdiri di kebunnya
serta mengalihkan air menggunakan penyodok.
" فَقَالَ لَهُ: يَا عَبْدَ اللهِ مَا
اسْمُكَ؟ قَالَ: فُلَانٌ - لِلِاسْمِ الَّذِي سَمِعَ فِي السَّحَابَةِ - فَقَالَ لَهُ:
يَا عَبْدَ اللهِ لِمَ تَسْأَلُنِي عَنِ اسْمِي؟ فَقَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ صَوْتًا
فِي السَّحَابِ الَّذِي هَذَا مَاؤُهُ يَقُولُ: اسْقِ حَدِيقَةَ فُلَانٍ،
لِاسْمِكَ، فَمَا تَصْنَعُ فِيهَا؟ قَالَ: أَمَّا إِذْ قُلْتَ هَذَا، فَإِنِّي
أَنْظُرُ إِلَى مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، فَأَتَصَدَّقُ بِثُلُثِهِ، وَآكُلُ أَنَا
وَعِيَالِي ثُلُثًا، وَأَرُدُّ فِيهَا ثُلُثَهُ "،
Lelaki itu bertanya kepadanya: “Wahai
hamba Allah, apakah namamu?” Dia menjawab: “Fulan”- disebutkan nama lelaki
berkenaan yang dia dengar dari balik awan. Kemudian lelaki itu bertanya: “Wahai
hamba Allah! Mengapa engkau bertanya namaku?” Lalu dia menjawab: “Aku mendengar
satu suara dari balik awan yang air ini berasal daripadanya. Ia berkata: Siramilah
kebun fulan, nama kamu. Justeru itu, apa yang telah kamu lakukan (sehingga
dimuliakan sebegini rupa)?”
Dia menjawab: “Apabila engkau telah
berkata begitu (maka akan aku ceritakan). Aku telah menguruskan apa sahaja
hasil daripada kebun ini. Kemudian aku akan sedekahkan 1/3 daripadanya, 1/3
lagi aku dan keluargaku akan makan, manakala 1/3 lagi aku kembalikan
(manfaatnya) kepada kebun tersebut.”
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 2984)