Hadis Sahih: Lelaki Penemu Harta Karun
Imam Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Ahmad bin Sabit al-Jahdari, beliau berkata: Diceritakan kepada
kami oleh Ya`qub bin Ishaq al-Hadhramy, beliau berkata: Diceritakan kepada kami
oleh Salim bin Hayyan, beliau berkata: Aku mendengar bapaku bercerita, daripada
Abu Hurairah, daripada Nabi SAW, baginda bercerita:
" كَانَ
فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ اشْتَرَى عَقَارًا، فَوَجَدَ فِيهَا جَرَّةً مِنْ
ذَهَبٍ، فَقَالَ: اشْتَرَيْتُ مِنْكَ الْأَرْضَ، وَلَمْ أَشْتَرِ مِنْكَ
الذَّهَبَ، فَقَالَ الرَّجُلُ: إِنَّمَا بِعْتُكَ الْأَرْضَ بِمَا فِيهَا
فَتَحَاكَمَا إِلَى رَجُلٍ، فَقَالَ: أَلَكُمَا وَلَدٌ؟ فَقَالَ أَحَدُهُمَا: لِي
غُلَامٌ، وَقَالَ الْآخَرُ: لِي جَارِيَةٌ، قَالَ: فَأَنْكِحَا الْغُلَامَ
الْجَارِيَةَ، وَلْيُنْفِقَا عَلَى أَنْفُسِهِمَا مِنْهُ، وَلْيَتَصَدَّقَا "
Seorang lelaki daripada umat sebelum
kamu ini telah membeli sebidang tanah. Lalu dia dapati di dalam tanah berkenaan
terdapat sebuah tembikar yang diperbuat daripada emas. Lalu dia berkata (kepada
pemilik asal tanah): “Aku membeli tanah
sahaja daripadamu, dan aku tidak membeli emas daripadamu”. Maka lelaki (pemilik
asal tanah) itu berkata: “Aku telah menjual kepadamu tanah dan apa sahaja yang
ada di dalamnya”.
Lantas mereka meminta penilaian
daripada seorang lelaki. Lalu lelaki itu bertanya: “Adakah kamu berdua
mempunyai anak?” Salah seorang daripada mereka berdua menjawab: “Aku ada
seorang anak lelaki”. Seorang lagi pula berkata: “Aku mempunyai seorang anak
perempuan”.
Maka lelaki itu berkata: “Kahwinkanlah
anak lelaki dengan anak perempuan kamu. Kemudian berikanlah kepada kedua-duanya
hasil daripada emas itu. Dan bersedekahlah (sekiranya masih ada baki.)
(HR Ibnu Majah, di dalam Sunan Ibnu
Majah, bilangan: 2511)
Kualiti
Hadis
Hadis ini sahih menurut majoriti ulama hadis
termasuk Syeikh al-Albany dan Syeikh Syu`aib al-Arnaouth. Hadis ini direkodkan
juga oleh al-Bukhari (3472) dan Muslim (1721).