Hadis Sahih: Kisah Sopak, Botak dan Buta
Imam al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ahmad bin Ishaq,
diceritakan kepada kami oleh Amru bin Asim, diceritakan kepada kami oleh
Hammam, diceritakan kepada kami oleh Ishaq bin Abdullah, beliau berkata: Diceritakan
kepada kami oleh Abdul Rahman bin Abi `Amrah, bahawa Abu Hurairah bercerita
kepadanya bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ
ثَلاَثَةً فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ أَبْرَصَ وَأَقْرَعَ وَأَعْمَى بَدَا لِلَّهِ
أَنْ يَبْتَلِيَهُمْ فَبَعَثَ إِلَيْهِمْ مَلَكًا
“Ada tiga orang dikalangan Bani
Israil yang berpenyakit sopak, botak dan buta. Allah mahu menguji mereka semua,
lalu Allah mengutuskan kepada mereka seorang malaikat.
فَأَتَى
الأَبْرَصَ فَقَالَ أَيُّ شَيْءٍ أَحَبُّ إِلَيْكَ قَالَ لَوْنٌ حَسَنٌ وَجِلْدٌ
حَسَنٌ قَدْ قَذِرَنِي النَّاسُ قَالَ فَمَسَحَهُ فَذَهَبَ عَنْهُ فَأُعْطِيَ
لَوْنًا حَسَنًا وَجِلْدًا حَسَنًا فَقَالَ أَيُّ الْمَالِ أَحَبُّ إِلَيْكَ قَالَ
الإِبِلُ ، أَوْ قَالَ الْبَقَرُ هُوَ شَكَّ فِي ذَلِكَ إِنَّ الأَبْرَصَ
وَالأَقْرَعَ قَالَ أَحَدُهُمَا الإِبِلُ وَقَالَ الآخَرُ الْبَقَرُ - فَأُعْطِيَ
نَاقَةً عُشَرَاءَ فَقَالَ يُبَارَكُ لَكَ فِيهَا
Malaikat
tersebut datang kepada si sopak. Lantas bertanya: ‘Perkara apakah yang paling
engkau sukai?’ dia menjawab: ‘Aku suka warna dan kulit yang cantik. Manusia
merasa diriku kotor dengan kulitku sekarang.’
Malaikatpun
menyapu kulitnya, lalu hilanglah penyakitnya dan dikurniakan warna dan kulit
yang cantik.
Malaikat
bertanya lagi: ‘Apakah harta yang paling engkau sukai?’ Si sopak menjawab:
‘Unta’ – atau ‘Lembu’,
perawi hadis ini keliru antara si sopak dan si botak. Salah seorangnya berkata
unta, dan seorang lagi berkata lembu – Lalu dia
dikurniakan seekor (unta atau lembu) yang
sedang bunting. Malaikat berkata: ‘Semoga engkau diberkati dengan kurniaan ini’
وَأَتَى
الأَقْرَعَ فَقَالَ أَيُّ شَيْءٍ أَحَبُّ إِلَيْكَ قَالَ شَعَرٌ حَسَنٌ وَيَذْهَبُ
عَنِّي هَذَا قَدْ قَذِرَنِي النَّاسُ قَالَ فَمَسَحَهُ فَذَهَبَ وَأُعْطِيَ
شَعَرًا حَسَنًا قَالَ فَأَىُّ الْمَالِ أَحَبُّ إِلَيْكَ قَالَ الْبَقَرُ قَالَ
فَأَعْطَاهُ بَقَرَةً حَامِلاً وَقَالَ يُبَارَكُ لَكَ فِيهَا
Malaikat
datang pula berjumpa si botak, lantas bertanya: ‘Apakah perkara yang paling
engkau sukai?’ Si sopak menjawab: ‘Aku suka rambut yang cantik, dan dihilangkan
penyakit yang aku alami ini kerana manusia melihat kotor terhadap diriku.’ Malaikat
pun mengusapnya dan hilanglah penyakitnya serta dia dikurniakan rambut yang
cantik.
Malaikat
bertanya: ‘Apakah harta yang paling engkau sukai?’ Dia berkata: ‘Lembu.’ Diapun
diberikan seekor lembu yang sedang sarat mengandung.Malaikat berkata padanya:
‘Semoga engkau diberkati dengan kurniaan ini.’
وَأَتَى
الأَعْمَى فَقَالَ أَيُّ شَيْءٍ أَحَبُّ إِلَيْكَ قَالَ يَرُدُّ اللَّهُ إِلَيَّ
بَصَرِي فَأُبْصِرُ بِهِ النَّاسَ قَالَ فَمَسَحَهُ
فَرَدَّ اللَّهُ إِلَيْهِ بَصَرَهُ قَالَ فَأَىُّ الْمَالِ
أَحَبُّ إِلَيْكَ قَالَ الْغَنَمُ فَأَعْطَاهُ شَاةً وَالِدًا فَأُنْتِجَ هَذَانِ
وَوَلَّدَ هَذَا فَكَانَ لِهَذَا وَادٍ مِنْ إِبِلٍ وَلِهَذَا وَادٍ مِنْ بَقَرٍ
وَلِهَذَا وَادٍ مِنَ الْغَنَمِ
Malaikat
datang pula kepada si buta, lantas bertanya: ‘Apakah perkara yang paling engkau
sukai?’ Si buta menjawab: ‘Aku suka jika Allah mengembalikan penglihatanku,
sehingga aku mampu melihat manusia dengan penglihatan tersebut.’
Malaikatpun
mengusapnya , lantas Allah mengembalikan penglihatannya. Malaikat bertanya
lagi: ‘Apakah harta yang paling engkau sukai?’ Si buta menjawab: ‘Kambing.’ Lalu
dia dikurniakan seekor kambing yang bunting. Berkembang biaklah kurniaan kepada
dua orang pertama dan juga yang ketiga ini. Ianya berkembang sehingga menjadi
satu lembah unta, satu lembah unta, dan satu lembah kambing.
ثُمَّ
إِنَّهُ أَتَى الأَبْرَصَ فِي صُورَتِهِ وَهَيْئَتِهِ فَقَالَ رَجُلٌ مِسْكِينٌ
تَقَطَّعَتْ بِيَ الْحِبَالُ فِي سَفَرِي فَلاَ بَلاَغَ الْيَوْمَ إِلاَّ
بِاللَّهِ ثُمَّ بِكَ أَسْأَلُكَ بِالَّذِي أَعْطَاكَ اللَّوْنَ الْحَسَنَ
وَالْجِلْدَ الْحَسَنَ وَالْمَالَ بَعِيرًا أَتَبَلَّغُ عَلَيْهِ فِي سَفَرِي
فَقَالَ لَهُ إِنَّ الْحُقُوقَ كَثِيرَةٌ فَقَالَ لَهُ كَأَنِّي أَعْرِفُكَ أَلَمْ
تَكُنْ أَبْرَصَ يَقْذَرُكَ النَّاسُ فَقِيرًا فَأَعْطَاكَ اللَّهُ فَقَالَ لَقَدْ
وَرِثْتُ لِكَابِرٍ عَنْ كَابِرٍ فَقَالَ إِنْ كُنْتَ كَاذِبًا فَصَيَّرَكَ
اللَّهُ إِلَى مَا كُنْتَ
Kemudian
malaikat datang semula kepada si sopak dengan menyerupai keadaan sopak dan
berkata: ‘Aku seorang lelaki yang miskin, dan bekalanku telah habis dalam
perjalanan merentasi bukit. Aku tidak hidup sehingga sekarang, melainkan
keizinan dari Allah dan belas kasihanmu. Maka aku memohon padamu demi Dzat yang
memberikan engkau warna dan kulit yang cantik, serta harta dari unta, adakah
kamu mahu memberikanku bekalan untuk aku meneruskan perjalanan?’
Si sopak pun
berkata: ‘Banyak lagi orang yang memerlukan.’ Malaikat yang menyerupai itu
berkata: ‘Seolahnya, aku mengenali dirimu. Bukankah engkau dulunya seorang yang
sopak lalu manusia memandang kotor dirimu, serta miskin kemudian Allah
mengurniakan kurniaannya kepadamu.’ Si sopak menjawab: ‘Semua harta ini adalah
warisan dari nenek moyangku.’ Malaikat berkata: ‘Andainya engkau berdusta, maka
Allah akan mengembalikan engkau kepada asal usulmu.’
وَأَتَى
الأَقْرَعَ فِي صُورَتِهِ وَهَيْئَتِهِ فَقَالَ لَهُ مِثْلَ مَا قَالَ لِهَذَا
فَرَدَّ عَلَيْهِ مِثْلَ مَا رَدَّ عَلَيْهِ هَذَا فَقَالَ إِنْ كُنْتَ كَاذِبًا
فَصَيَّرَكَ اللَّهُ إِلَى مَا كُنْتَ
Malaikat
datang pula kepada si botak dalam keadaan botak. Lalu dia bertanya kepadanya
sepertimana ditanya kepada si sopak. Lantas dia menolak permintaan malaikat
tersebut sepertimana dilakukan si sopak. Malaikat itu berkata: ‘Andainya engkau
berdusta, maka Allah akan mengembalikan engkau kepada asal usulmu.’
وَأَتَى
الأَعْمَى فِي صُورَتِهِ فَقَالَ رَجُلٌ مِسْكِينٌ ، وَابْنُ سَبِيلٍ وَتَقَطَّعَتْ
بِيَ الْحِبَالُ فِي سَفَرِي فَلاَ بَلاَغَ الْيَوْمَ إِلاَّ بِاللَّهِ ثُمَّ بِكَ
أَسْأَلُكَ بِالَّذِي رَدَّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ شَاةً أَتَبَلَّغُ بِهَا فِي
سَفَرِي فَقَالَ : قَدْ كُنْتُ أَعْمَى فَرَدَّ اللَّهُ بَصَرِي وَفَقِيرًا فَقَدْ
أَغْنَانِي فَخُذْ مَا شِئْتَ فَوَاللَّهِ لاَ أَجْهَدُكَ الْيَوْمَ بِشَيْءٍ
أَخَذْتَهُ لِلَّهِ فَقَالَ أَمْسِكْ مَالَكَ فَإِنَّمَا ابْتُلِيتُمْ فَقَدْ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْكَ وَسَخِطَ عَلَى صَاحِبَيْكَ.
Malaikat
datang pula kepada si buta dalam keadaan buta. Lantas berkata: ‘Aku seorang
lelaki miskin. Bekalanku telah habis ketika melintasi bukit dalam perjalananku.
Aku tidak hidup sehingga sekarang melainkan keizinan dari Allah, kemudian dari
belas kasihanmu. Maka, aku memohon demi Dzat yang mengembalikan penglihatanmu,
berikanlah aku seekor kambing sebagai bekalan dalam perjalanan.’
Si buta
berkata: ‘Dulunya aku seorang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatanku.
Aku juga miskin dahulu, kemudian Allah menjadikan aku kaya. Oleh itu, ambillah
harta ini sesuka hatimu. Demi Allah! Aku tidak akan menghalangmu dari mengambil
sesuatu selagimana kamu mengambilnya kerana Allah.’
Malaikat pun
berkata: ‘Peganglah harta milikmu. Sesungguhnya kalian sedang diuji. Maka Allah
telah merestui kamu dan memurkai dua orang saudaramu.’
[HR al-Bukhari
di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 3464]