Hadis Sahih: Doa diajar kepada Abu Bakar
Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan:
Diceritakan kepada kami oleh Qutaibah bin Sa`id, beliau berkata: Diceritakan
kepada kami oleh al-Lais, daripada Yazid bin Abi Habib, daripada Abi al-Khair,
daripada Abdullah bin Amru, daripada Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahuanhu,
beliau berkata kepada Rasulullah SAW:
عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلاَتِي، قَالَ: " قُلْ:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ
إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ
أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ "
Ajarkanlah aku satu doa yang aku baca di dalam
solatku. Baginda berkata: Ucaplah: Ya Allah, sesungguhnya aku telah berlaku
zalim pada diriku dengan kezaliman yang banyak sekali. Sedangkan tidak ada yang
mengampunkan dosa melainkan Engkau sahaja. Maka, ampunilah aku dengan keampunan
di sisi-Mu. Kasihilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha
Penyayang.
(HR Al-Bukhari di dalam Sahih
Al-Bukhari, bilanga: 1395)