Hadis Sahih: Allah Berkata- Aku Tidak Peduli!
Imam Muhammad bin Isa at-Tirmizi (W: 279H) dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Abdullah bin Ishaq al-Jauhari al-Basri, beliau berkata:
diceritakan kepada kami oleh Abu `Asim, beliau berkata: diceritakan kepada kami
oleh Kasir bin Fa’id, beliau berkata: diceritakan kepada kami oleh Sa`id bin
`Ubaid, beliau berkata: aku mendengar Bakar bin Abdullah al-Muzani, beliau
berkata: diceritakan kepadaku oleh Anas bin Malik, beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah SAW berkata:
«قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ
وَتَعَالَى: يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ
لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ
عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ
آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ
تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَة.»
Allah tabaraka wa taala telah berfirman: Wahai
anak cucu Adam! Selagimana engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, nescaya Aku
akan ampunkan engkau, Aku tidak peduli! Wahai anak cucu Adam, sekiranya
dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun daripadaku, nescaya
Aku akan ampunkan engkau, Aku tidak peduli! Wahai anak cucu Adam, sekiranya
engkau datang kepada-Ku dengan dosa menutupi bumi, kemudian menemuiku dalam
keadaan tidak mempersekutukan Aku dengan suatu apa pun, necaya Aku akan
menemuimu dengan keampunan sepenuh bumi!
(HR at-Tirmizi di dalam Sunan
at-Tirmizi, bilangan: 3540)